Senarai Filem Baru Menarik Bulan Disember 2023 Ditayangkan Di Pawagam

Senarai Filem Baru Menarik Bulan Disember 2023 DItayangkan Di Pawagam

Tahun 2023 tidak lama lagi bakal melabuhkan tirai apabila kita kini sudah memasuki bulan Disember. Tetapi barisan filem atau movie yang ditayangkan di pawagam khususnya tidak pernah berhenti.

Untuk bulan baru ini, masih banyak filem-filem menarik yang akan ditayangkan bagi tontonan ramai. Jadi masih belum boleh berhenti untuk nikmati naskah-naskah hebat ini sepanjang bulan Disember.

{tocify} $title={Table of Contents}

Jika bulan lalu, kita sudah disajikan dengan filem MCU, tapi kali ini giliran DCEU pula iaitu menerusi Aquaman And THe Lost Kingdom. Filem Aquaman yang kedua selepas yang pertama ditayangkan pada 2018.

Nampaknya bulan ini, tidak banyak filem-filem hollywood yang ditayangkan. Lebih kepada filem Indonesia dan semestinya filem-filem tempatan.

Kita bakal disajikan dengan Anak Perjanjian Syaitan 2, Sayu Yang Syukur, Namatai: From Kinabalu With Love, The Lord Musang King, Syaitan Munafik dan banyak lagi.

Nak tahu filem apa lagi yang tersenarai untuk bulan Disember ini, anda boleh tengok senarai dibawah dan pastinya akan mengujakan anda dan sekali gus buat keputusan untuk menonton di pawagam

Senarai Filem Menarik Untuk Tahun 2023

Filem-filem ini seperti biasa anda boleh tonton menerusi pawagam di seluruh Malaysia sama di GSC, TGV, MBO dan sebagainya.

1 Disember 2023

  • Animal

7 Disember 2023

  • Wonka
  • Trending Topic
  • Syif Malam
  • My Heavenly City
  • Wakaf
  • Not Friends
  • Bursting Point
  • Gampang Cuan

14 Disember 2023

  • Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba ON STAGE - Mugen Train Arc
  • Prison On Fire 2023
  • Abang Adik
  • Janin Iblis Neraka
  • The Boy And The Heron
  • Undertaker
  • Kultus Iblis

16 Disember 2023

  • SEVENTEEN Tour 'Follow' To Japan: Live Viewing

21 Disember 2023

  • Syaitan Munafik
  • Wolf Hiding
  • The Lord Musang King
  • Aquaman And The Lost Kingdom
  • Pendatang

28 Disember 2023

  • Migration
  • Sijjin
  • Namatai: From Kinabalu With Love
  • Layangan Putus: The Movie
  • Sayu Yang Syukur

Filem mana agaknya ditunggu-tunggu untuk bulan Disember ini? Kongsikan dengan kami dalam ruang komen dibawah

Post a Comment

Previous Post Next Post