Beli Tiket Malaysia Open 2024 Dengan Harga Bermula RM32

Dapatkan Sekarang Tiket Malaysia Open 2024 Dengan Harga Bermula RM32

Yang ditunggu kini telah tiba. Badminton Lovers (BL) terutamanya pasti tidak sabar-sabar untuk saksikan pemain-pemain handalan dunia termasuk dari Malaysia sendiri untuk beraksi dalam kejohanan BWF Petronas Malaysia Open 2024.

Sama seperti pada edisi lalu, Malaysia Open 2024 bakal menjadi kejohanan pertama dalam kalendar BWF World Tour 2024 dimana ianya akan berlangsung dari 9 hingga 14 Januari 2024 juga bertempat di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

{tocify} $title={Table of Contents}

BAM juga telah mengumumkan senarai harga dan cara pembelian tiket masuk bagi menyaksikan Petronas Malaysia Open 2024.

Senarai Harga Tiket PMO2024

Tiket masuk mula dijual bermula 15 November 2023, jam 11.00 pagi hingga seterusnya. Pihak penganjur juga mengumumkan promosi Early Bird bermula 15 November hingga 15 Disember 2023. Dalam tempoh ini, orang ramai boleh dapatkan harga tiket dengan lebih murah.

Terdapat 5 jenis tiket yang dijual iaitu Superfans, Platinum, Premium A, Premium B dan Upper. Yang pastinya harga normal dan EB adalah berbeza. Harga juga berbeza mengikut hari. Selain itu, terdapat juga jualan tiket Season iaitu harga untuk setiap hari perlawanan.

harga tiket malaysia open 2024

Cara Beli Tiket Malaysia Open 2023

Untuk yang berminat ingin dapatkan tiket masuk bagi kejohanan Malaysia Open 2024, anda boleh berbuat demikian menerusi laman web www.ticket2u.com.my/PMO2024.

Seterusnya pilih tarikh perlawanan yang anda ingin hadir dari 9 hingga 14 Januari 2024. Kemudian, pilih jenis tiket dengan mengikut Block yang disediakan. Tentukan jumlah tiket dan akhir sekali buat pembayaran dengan klik pada 'Buy Ticket Now'

Jika sudah selesai, anda akan diberikan pengesahan tiket di emel. Selesai.

Terma Dan Syarat

  1. Kesemua pembelian adalah dalam ringgit malaysia (RM) dan setiap tiket sudah termasuk RM4 yuran tempahan
  2. Setiap tempat duduk bagi setiap tiket adalah bernombor
  3. Penjualan tiket bermula 15 November 2023 dari jam 11.00 pagi hingga seterusnya
  4. Kanak-kanak 4 tahun dan keatas perlu dapatkan tiket masuk
  5. Tiket adalah dijual secara online sahaja

Jadi apa tunggu lagi. Dapatkan segera tiket masuk ke Axiata Arena bagi menyaksikan aksi badminton terhebat dalam kejohanan BWF Petronas Malaysia Open 2024 yang akan datang.

Post a Comment

Previous Post Next Post