5 Seleksi Resepi Ayam Bakar. Confirm Sedap

5 Seleksi Resepi Ayam Bakar Sedap

5 seleksi resepi ayam bakar ini kesemuanya melalui proses membakar sama ada menggunakan oven, atau magic pan atau pemanggang ajaib.

Ini bermakna, dalam masakan ini, selepas siap penyediaan ayamnya, ianya terus dibakar. Senang dan mudah untuk disediakan.

Dalam penyediaan sesuatu masakan menggunakan proses membakar, pastinya pada awalnya yang penting. Bagaimana nak sediakan perapan, nak guna bahan apa dan sebagainya. Jika sudah siap, kita boleh terus kepada proses bakar dengan tetapkan suhu yang bersesuai.

Boleh tengok sini 5 seleksi resepi ayam bakar sedap!

{tocify} $title={Table of Contents}

5 Seleksi Resepi Ayam Bakar Menggunakan Air Fryer

Koleksi resepi ini telah dikongsikan oleh resepi.my di facebook yang telah mendapat lebih 4.3k share.

#1 - Ayam Bakar Berempah

Ayam Bakar Berempah

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih (kisar halus)
  • 2 inci halia
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat

1.  Bersihkan ayam dan basuh. Tuskan sehingga kering.

2.  Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.

3.  Perapkan selama 2 jam atau lebih.

4.  Gunakan pemanggang ajaib atau kuali non-stik bakar ayam selama 30 minit sambil balikkan sekali sekala.

5. Hidangkan dengan sos lada hitam atau sos cili.

#Tips

Boleh bakar dalam oven pada suhu 180°C selama 30 minit. Susunkan ayam atas jaring untuk dapatkan garing kedua-dua belah bahagian (tidak perlu pusingkan ayam)

#2 - Ayam Bakar Cili Padi

Ayam Bakar Cili Padi

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam
  • Garam dan gula atau madu secukupnya
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit kicap

Bahan Kisar

  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang kecil
  • 10 tangkai cili padi (bergantung pada pedas yang anda mahu)
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 biji kiub ayam (boleh ganti belacan)
  • Sedikit minyak (boleh guna olive oil)

*semua bahan ni kisar atau tumbuk

Cara Membuat

1.  Campur bahan kisar dengan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula atau madu. Sapu pada keseluruhan ayam dan perap 1 jam atau semalaman dalam peti ais

2.  Bakar dalam oven guna api atas bawah, suhu 200°C selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung pada oven measing-masing. 

3.  Tengok-tengok api, jangan kering sangat. Biar isi ayam tu lembab-lembab sikit. Boleh juga bakar guna kuali ajaib, pandai-pandai adjust api.

#3 - Ayam Bakar Black Pepper

Ayam Bakar Black Pepper

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam - potong suka hati
  • 2 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar sos tiram
  • Coarse black pepper secukupnya
  • Sedikit madu
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak zaitun (renjis)

Cara Membuat

1.  Kisar halia dan bawang putih sehingga halus. Lumur pada ayam. Satukan sos tiram dan madu. Lumur lagi pada ayam. Akhir sekali tabur serbuk lada hitam.

2.  Masukkan ke dalam loyang bersesuaian. Renjis dengan minyak zaitun. 

3.  Kemudian bakar pada suhu 150°C sehingga ayam masak. Bakar lama dalam masa 1 jam dengan diterbalikkan dan direnjis minyak dari masa ke semasa. Boleh juga dimasukkan ubi kentang, karot dan dibakar bersekali.

#4 - Ayam Bakar Ala Sate

Ayam Bakar Ala Sate

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam (dipotong-potong)
  • 15 biji bawang merah
  • 1 labu bawang putih
  • 2 cm halia
  • 10 - 15 tangkai cili kering (ikut kepedasan anda)
  • 10 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan teh gula pasir (resepi ni memang menggunakan banyak gula bertujuan supaya ayam tu cantik berkilat masa dipanggang dan rasanya seimbang manisnya sebab dah bercampur dengan rasa pedas dan rempah-rempah dalamnya...memang seakan-akan rasa sate)
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 5 sudu besar madu

Cara Membuat

1.  Kisar semua bahan kecuali ayam dan madu.

2.  Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang berisi ayam dan sebatikan.

3.  Tuang madu dan sebatikan lagi.

4.  Perap dahulu sebelum dibakar. (perap seharian untuk dapatkan rasa ayam bakar ala sate yang lebih best)

5.  Panaskan oven dan bakar ayam selama 1 jam dengan suhu 180°C. Guna api atas bawah untuk mendapatkan ayam bakar yang cantik garingnya dan sentiasa terbalikkan ayam tersebut.

#5 - Ayam Bakar Ala Kenny Rogers

Ayam Bakar Ala Kenny Rogers

Bahan-Bahan

  • Seekor ayam

Bahan Kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 kiub ayam knorr / maggi
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 1 senduk kecil sos black pepper
  • Garam 1 sudu teh
  • Gula 1 sudu makan
  • Air 100ml

Bahan Perapan

  • 2 sudu madu (optional)
  • 3 sudu minyak zaitun
  • 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

Cara Memasak

1. Potong dan bersihkan ayam

Mula-mula bersihkan ayam. Anda boleh potong 4 atau tak payah potong, jangan lupa masukkan sedikit bahan perapan ke dalam ayam nanti.

2. Kisar bahan

Kisarkan semua bahan yang bernombor 2-10

3. Perapkan ayam

Campurkan bahan perap iaitu madu, minyak zaitun, dan mixed herbs / oregano bersama bahan kisar dan gaulkan di dalam bekas. Tuang semua bahan ini ke dalam ayam dan lumur rata. Tutup bekasnya dan perap dalam 2 jam dalam peti ais di bahagian chill.

4. Masak

Terdapat 2 cara untuk memasak ayam panggang ini. Pilihlah yang mana mudah dan sesuai dengan selera masing-masing.

A) Periuk High Pressure / Pemanggang Ajaib

Kalau menggunakan periuk jenis ini atau yang seangkatan dengannya, anda boleh memasak ayam tadi selama 30 minit. Selepas itu, ‘stir fry’ dengan sedikit minyak di atas kuali untuk mendapatkan hasil kerangupan dan rasa panggang yang sedap.

B) Ketuhar atau oven

Jika anda ingin menggunakan oven, panaskan pada suhu 180°C-200°C. Gunakan api atas bawah. Bakar selama 1 jam – 1 1/2 jam sehingga masak. Selepas 1/2 jam pertama, siram ayam dengan kuah perapan dan tuang minyak sedikit supaya ayam tidak kering.

*Suhu oven bergantung pada saiz oven. Kalau saiz oven lebih besar, gunakan suhu yang lebih tinggi.

5. Siap!

Apabila siap, bolehlah cuba lihat isi dalamnya sama ada cukup masak. Aromanya memang harum, lebih-lebih lagi dengan campuran pelbagai rempah

Selamat mencuba...

Post a Comment

Previous Post Next Post