Cara Tonton Siaran Langsung Malaysia vs Kyrgyzstan, Berbayar Dan Percuma

Cara Tonton Siaran Langsung Malaysia vs Kyrgystan, Berbayar Dan Percuma

Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk orang ramai bagi menyaksikan perlawanan bola sepak secara siaran langsung melibatkan pasukan Malaysia vs Kyrgyzstan yang akan berlangsung pada 16 November 2023.

Pasukan Harimau Malaya akan mulakan kempen Kelayakan Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada pusingan kedua pada Khamis ini bertemu Kyrgyzstan selepas diundi dalam Kumpulan D bersama Chinese Taipei dan Oman.

{tocify} $title={Table of Contents}

Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dimana Malaysia telah diundi menjadi tuan rumah. Ini pastinya memberi kelebihan kepada kita apabila bermain di tempat sendiri.

Jadi peminat-peminat bola sepak tempatan khususnya yang melibatkan pasukan Harimau Malaya pastinya teruju untuk menyaksikan anak-anak buah Kim Pan Gon kembali beraksi bersama-sama dalam skuad ini bagi menentang lawan.

4 Cara Tonton Siaran Langsung Malaysia vs Kyrgyzstan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia

Terdapat 4 cara untuk anda menyaksikan perlawanan Malaysia vs Kyrgyzstan secara langsung sama ada secara berbayar atau percuma. Mereka perlukan sorakan dari penonton dan peminat bagi mencari kemenangan pertama.

#1 - Menonton Di Stadium

Malaysia vs Kyrgyzstan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Jadi bagi yang berkesempatan untuk datang dan mungkin berada di sekitar Lembah Klang, anda boleh datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan ini secara langsung.

Pihak penganjur FAM juga telah mengumumkan harga tiket masuk RM40 untuk tiket terbuka, RM5 tiket kanak-kanak serta tiket grandstand dan premium masing-masing dengan harga RM60 dan RM80 setiap daripanya.

Orang ramai kini sudah boleh mula dapatkan tiket yang hanya dijual secara online sahaja menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Tiada penjualan tiket fizikal di stadium. Jadi kena dapatkan secara online sahaja.

#2 - Siaran Langsung Di Astro

Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh saksikan secara langsung yang dibawakan ke kaca tv iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803) atau secara online di Astro Go.

Khusus untuk pengguna Astro, boleh tonton secara percuma jika langgan Pek Astro. Jika tidak, anda boleh berbuat demikian untuk dapatkan saluran tambahan Arena Bola 803 dan Arena Bola 804 untuk menyaksikan perlawanan ini.

#3 - Live Streaming Di Sooka

Tapi sekiranya anda tidak mempunyai akses Astro, jangan risau anda masih lagi boleh menonton perlawanan ini iaitu secara live streaming menerusi platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile.

Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia yang mempunyai saluran Astro Arena Bola dengan harga bermula RM28.90 sebulan. Dalam masa sama juga, boleh tonton Liga Super, Piala Malaysia serta ACL dan AFC Cup 2023.

#4 - Tontonan Skrin Besar (Percuma)

Kalau anda tidak mampu bayar untuk langgan Astro atau Sooka, anda boleh tonton siaran langsung Malaysia vs Krygystan menerusi tayangan skrin besar di 14 lokasi terpilih seluruh Malaysia dari Johor hingga ke Sabah.

Anda boleh tengok senarai lokasi 'Tayangan Skrin Besar' di bawah. Yang penting masuk adalah percuma.

Ayuh Malaysia, saksikan lah dimana-mana platform disediakan untuk menonton dan berikan sokongan kepada pasukan Harimau Malaya dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asai 2027 dengan dimulakan Malaysia vs Krygystan.

Post a Comment

Previous Post Next Post