Hero Dewi Remaja 2023: Senarai Peserta Dan Biodata

Hero Dewi Remaja 2023: Senarai Peserta Dan Biodata

Kini mereka berkongsi platform yang sama bagi mengejar cita-cita dengan memperlihatkan bakat dalam bidang seni menerusi platform gabungan Hero Dewi Remaja 2023.

Jika sebelum ini, kita sudah ketahui Hero Remaja dan Dewi Remaja dimana masing-masing mempertaruhkan bakat mengikut kategori jantina lelaki (Hero) dan wanita (Dewi).

{tocify} $title={Table of Contents}

Kini untuk tahun 2023, kedua-dua platform tersebut digabungkan menjadi Hero Dewi Remaja sekali gus buat kali pertama lelaki dan wanita akan bersaing bagi merebut gelaran juara tersebut.

Meskipun program ini digabungkan menjadi satu, tetapi akan ada dua pemenang bakal dinobatkan sebagai juara - Juara Hero Remaja 2023 & Juara Dewi Remaja 2023

Senarai Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Untuk julung-julung kalinya, seramai 16 peserta yang berjaya telah dipilih daripada ratusan yang menghadiri ujibakat yang diadakan sebelum ini dimana mereka adalah terdiri daripada 8 lelaki dan 8 wanita.

Masing-masing telah dipilih selepas mengambil kira potensi dan bakat yang ditonjolkan semasa sesi ujibakat yang telah dijalankan. Masing-masing mempunyai kehebatan tersebut.

  1. Adrina 
  2. Amira Rafik
  3. Arabella
  4. Cora
  5. Myra
  6. Nurel
  7. Qist
  8. Azqa
  9. Aiman Ameer
  10. Azri Safix
  11. Evertts
  12. Fitri
  13. Hakim
  14. Jay
  15. Jaysong
  16. Razin Qidran

Juri Tetap Selaku Mentor

Bagi mempersiapkan para peserta untuk bersaing dalam Hero Dewi Remaja 2023 kali ini, mereka akan dipimpin dan diberi tunjuk ajar oleh mentor.

Jadi untuk musim pertama kali ini, pelakon dan model yang juga alumni Dewi Remaja 2005 iaitu Scha Al-Yahya diberi kepercayaan sekali lagi untuk menjadi mentor sekali gus sebagai juri tetap untuk program ini.

Beliau juga akan dibantu oleh barisan juri jemputan berlainan setiap episod dan setiap tugasan yang diberi bagi mengadili secara keseluruhan persembahan yang diberikan oleh barisan peserta.

Program Hero Dewi Remaja 2023

Hero Dewi Remaja 2023 akan bermula pada 10 November 2023 dimana akan bersiaran selama lapan episod pada setiap hari Jumaat, pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria (CH104) dan secara online di Astro Go.

Senarai Peserta Dan Biodata Hero Dewi Remaja 2023

Jadi jom kita ketahui senarai penuh finalis Hero Dewi Remaja 2023 beserta biodata bagi setiap peserta dalam program ini.

1)  Adrina

Adrina

Nama Sebenar : Nur Adrina Binti Kamaruddin
Umur : 24 Tahun (11 September 1999)
Asal : Kelantan
Instagram : @adrinakamaruddin
TikTok : @adrinakamjo

Fakta Menarik :

  1. Minat menyertai Dewi Remaja sejak usia 18 tahun lagi
  2. Pelajar jurusan Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan di University of Cyberjaya
  3. Ingin menabut bakti menerusi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada satu hari nanti

2)  Aiman Ameer

Aiman Ameer

Nama Sebenar : Che Aiman Ameer Bin Che Kamarudin
Umur : 23 Tahun (15 Januari 2000)
Asal : Johor
Instagram : @aimanameer
TikTok : @aiman_ameer

Fakta Menarik :

  1. Pelajar Diploma jurusan Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan di Politeknik METRO Johor Bahru
  2. Pernah bertugas sebagai seorang pramugara
  3. Gemar bermain ragbi
  4. Pandai bermain muzik ukelele

3)  Amira Rafik

Amira Rafik

Nama Sebenar : Nuramira Binti Mohamed Rafik
Umur : 23 Tahun (11 Mac 2000)
Asal : Selangor
Instagram : @amira_rafik
TikTok : @babyyb0ss

Fakta Menarik :

  1. Pelajar jurusan Sarajana Muda Pengurusan Perniagaan di MSU
  2. Minat bidang lakonan
  3. Bertugas sebagai seorang pegawai pentadbiran di klinik

4)  Arabella

Arabella

Nama Sebenar : Arabella Ellen Binti John Robert Nelson
Umur : 18 Tahun (5 Mei 2005)
Asal : Selangor
Instagram : @arebellaellen_
TikTok : @belsslemon

Fakta Menarik :

  1. Seorang gadis darah campuran Melayu dan Inggeris
  2. Pernah menyertai skuad kebangsaan negara dalam sukan gimrama
  3. Pernah tersenarai dalam pertandingan mewakili Malaysia di peringkat Sukan SEA

5)  Azqa

Azqa

Nama Sebenar : Nur Azka Azimah Binti Ahmad Aziz
Umur : 23 Tahun (15 Disember 2000)
Asal : Sabah
Instagram : @8azqa
TikTok : @8azqa

Fakta Menarik :

  1. Pernah mengikuti beberapa pertandingan ratu cantik di Sabah
  2. Pelajar Diploma jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari MSU College

6)  Azri Safix

Azri Safix

Nama Sebenar : Azri Safix Bin Mohd Razal
Umur : 22 Tahun (10 November 2001)
Asal : Kuala Lumpur
Instagram : @azrisfx
TikTok : @azrisfx

Fakta Menarik :

  1. Penyertaan kali kedua dalam pencarian Hero Remaja. Sebelum ini adalah pada edisi 202
  2. Graduan Diploma jurusan Persembahan Teaster di ASWARA
  3. Minat menonton filem

7)  Cora

Cora

Nama Sebenar : Cora Waybin
Umur : 23 Tahun (11 Ogos 2000)
Asal : Sabah
Instagram : @corawaybin_
TikTok : @coraawy

Fakta Menarik :

  1. Gemar menari dan menyanyi di hadapan khalayak
  2. Pelajar sarjana muda jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari OUM
  3. Pernah menyertai beberapa pertandingan ratu cantik di Sabah

8)  Evertts

Evertts

Nama Sebenar : Evertts McClane Gomes
Umur : 25 Tahun (16 Oktober 1998)
Asal : Sabah
Instagram : @evertts_gomes
TikTok : @everttsg

Fakta Menarik :

  1. Satu-satunya peserta lelaki dari Sabah
  2. Berketurunan Cina-Kadazan-Portugis
  3. Anak sulung daripada empat adik-beradik
  4. Pernah bekerja sebagai model dan pembantu servis tetamu
  5. Cucu kepada mendian Cyril Jones Christopher Gomes yang pernah popular sebagai penyamat 'Elvis Presley Sabah' suatu ketika dahulu

9)  Fitri

Fitri

Nama Sebenar : Muhammad Fitri Bin Mohd Farok
Umur : 24 Tahun (27 Disember 2023 1999)
Asal : Kuala Lumpur
Instagram : @fitrifarok
TikTok : @fitrifarok

Fakta Menarik :

  1. Graduan Sarjana Muda jurusan Perakaunan di UIAM
  2. Minat kepada bidang lakonan
  3. Pernah berkecimpung sebagai seorang model

10)  Hakim

Hakim

Nama Sebenar : Muhd Al Hakim Khan Bin Fakrukh Hadi
Umur : 22 Tahun (3 Februari 2001)
Asal : Selangor
Instagram : @hakimkhann
TikTok : @hakimkhann7

Fakta Menarik :

  1. Mempunyai ketinggan 188cm menjadi peserta tertinggi pada edisi kali ini
  2. Anak tunggal dalam keluarga
  3. Sudah memiliki beberapa buah lagu hasil gubahan sendiri
  4. Ingin menjadi pelakon

11)  Jay

Jay

Nama Sebenar : Aariz Iskandar Bin Idris
Umur : 18 Tahun (21 Jun 2005)
Asal : Selangor
Instagram : @jayiskandarr
TikTok : @jayiskandarr

Fakta Menarik :

  1. Peserta termuda daripada kalangan pesertai
  2. Pelajar asasi Perundangan di Kolej Poly-Tech MARA, UiTM Dengkil
  3. Pernah mewakili sekolah dalam sukan bola tampar peringkat MSS dan bola baling peringkat MSSP
  4. Minat dalam bidang peragaan dan perniagaan

12)  Jaysong

Jaysong

Nama Sebenar : Tan Jia Song
Umur : 21 Tahun (30 Mei 2002)
Asal : Selangor
Instagram : @jia_songggggggg
TikTok : @jia_songg

Fakta Menarik :

  1. Satu-satunya peserta berbangsa Cina dalam edisi kali ini
  2. Mengidolakan Stephen Chow dan Jackie Chan dalam bidang lakonan dan pengarahan
  3. Seorang content creator dan youtuber

13)  Myra

Myra

Nama Sebenar : Nur Amirah Afrina Binti Mohd Hashim
Umur : 24 Tahun (11 Mac 1999)
Asal : Kedah
Instagram : @myraafrina
TikTok : @myra.afrina

Fakta Menarik :

  1. Mesra dengan panggilan Nad dalam ahli keluarga dan kenalan rapat
  2. Pernah berkecimpung dalam dunia seni sebagai bakat produksi drama dan filem
  3. Beliau merupakan seorang ejen hartanah muda

14)  Nurel

Nurel

Nama Sebenar : Nurelyana Binti Baharin
Umur : 21 Tahun (29 September 2002)
Asal : Sarawak
Instagram : @ellbhrin
TikTok : @ellbhrin

Fakta Menarik :

  1. Aktif dalam bidang tarian
  2. Anak bongsu dari empat adik-beradik
  3. Pelajar jurusan Persembahan Teater dari UiTM Puncak Perdana
  4. Mudah mesra dengan orang di sekeliling

15)  Qist

Qist

Nama Sebenar : Qistina Rania Binti Fakhrul Azzam
Umur : 22 Tahun (26 Mac 2001)
Asal : Kelantan
Instagram : @_qistinarania
TikTok : @_qisrania

Fakta Menarik :

  1. Seorang bertugas sebagai pramugari

16)  Razin Qidran

Razin Qidran

Nama Sebenar : Razin Qidran Bin Noor Hisham
Umur : 24 Tahun (5 Mac 1999)
Asal : Kuala Lumpur
Instagram : @razinq
TikTok : @rqidran

Fakta Menarik :

  1. Berdarah kacukan Pakistan-Arab-Cina
  2. Graduan Sarjana Muda jurusan Pentadbitan Perniagaan di Universiti Malaya
  3. Anak kedua daripada empat adik-beradik
  4. Minat dalam bidang lakonan


sumber : www.remaja.my/herodewi

Post a Comment

Previous Post Next Post