Liga Super 2023: Info Siaran Langsung & Live Streaming JDT vs Kuching City

Liga Super 2023: Info Siaran Langsung & Live Streaming JDT vs Kuching City

JDT vs Kuching City menjadi perlawanan pertama bagi saingan Liga Super 2023 untuk minggu ke-24 (LS24) yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ismail pada 23 November 2023, Khamis, jam 8.15 malam.

Ini merupakan pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan sepanjang musim 2023. Kali pertama adalah pada bulan Mei yang lalu, juga menerusi saingan liga. Ketika itu bermain di bandar Kuching dengan menyaksikan JDT menang 4-0.

Untuk info, JDT kini sudah bergelar juaral Liga Super sebanyak 10 kali berturut-turut. Bukan itu sahaja, mereka juga masih lagi bermain dalam saingan Piala Malaysia dan telah layak ke final bertemu Terengganu pada 10 Disember ini.

Tetapi Kuching pun apa kurangnya. Meskipun bukan berada di tahap yang baik dalam saingan liga, mereka kini menghampiri trofi pertama untuk musim kali ini apabila bermain di final Challenge Cup 2023 bertemu Penang.

JDT dan Kuching City masing-masing mempunyai misi tersendiri dalam kejohanan yang mereka lalui. Jika dalam liga, JDT pastinya tidak mahu rekod kekalahan itu dileburkan. Manakala Kuching City juga mahukan kemenangan untuk tidak berada di kelompok bawah liga.

Selepas saingan peringkat antarabangsa, penyokong-penyokong bola sepak tempatan khususnya bagi pasukan yang terlibat kali ini tidak sabar-sabar untuk kembali turun ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran.

Datang beramai-ramai ke stadium dan bagi yang tidak berkesempatan, anda boleh saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) atau secara online di Astro Go. Selain itu, boleh juga live streaming di Sooka.

Jadi jangan lupa saksikan perlawanan Liga Super 2023 LS24 antara JDT vs Kuching City pada 23 November ini, dengan waktu sepak mula pada pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.

Keputusan Terkini

FT : JDT (2) - (0) Kuching City

  • Bergson da Silva 34'
  • Juan Muniz 42'

Masa? 8.15 Malam

Venue? Stadium Sultan Ismail

Tayangan? Arena Bola 803

Live Streaming? Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post