Siaran Langsung Live Futsal Pahang Rangers vs JDT Final Malaysia Futsal Cup 2023

Siaran Langsung Live Futsal Pahang Rangers vs JDT Final Malaysia Futsal Cup 2023

Kini tiba hari terakhir penentuan pasukan manakah yang bergelar juara dimana mempertemukan Pahang Rangers vs JDT di final Malaysia Futsal Cup 2023 yang akan berlangsung pada 10 September 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

Bermula daripada pusingan suku akhir dimana perlawanan diadakan secara timbal balik. Barisan finalist iaitu pasukan futal Pahang Rangers ketika itu bertemu Selangor TOT, manakala JDT berhadapan dengan KL City.

Pahang Rangers bermula dengan kekalahan kepada Selangor TOT, tetapi berjaya comeback di perlawanan kedua dan sekali gus menang dengan aggregat 11-9. Manakala JDT bermula dengan baik apabila menang perlawanan pertama tetapi seri untuk timbal balik kedua. Masih berjaya mara dengan aggregat 6-4.

Di pusingan separuh akhir, format pertandingan masih sama iaitu perlawanan diadakan secara timbal balik. Pahang Rangers tidak berdepan dengan masalah ketika bertemu Terengganu apabila menang dengan aggregat 14-3 dan seterusnya layak ke final.

JDT juga tidak menghadapi persaingan yang hebat daripada Selangor MAC di separuh akhir. Kedua-dua perlawanan dimenangi oleh JDT dengan aggregat keseluruhan 8-3. Dengan keputusan itu, sekali gus mencetuskan sekali lagi ketegangan antara Pahang Rangers dan JDT di final.

Manakala bagi pasukan yang tewas iaitu Terengganu dan Selangor MAC akan meneruskan cabaran di perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4. Kedua-dua perlawanan ini hanya dilakukan sekali sahaja dan tiada perlawanan timbal balik.

Jadi untuk kesemua pasukan yang terlibat terutamanya bagi pusingan akhir ini, anda kini boleh mula dapatkan tiket masuk yang dijual secara online menerusi laman web www.myticketempire.com dengan harga RM30 untuk grandstand dan RM20 untuk tiket terbuka.

Datang beramai-ramai bagi memeriahkan suasana dan dalam masa yang sama berikan sokongan yang padu kepada pasukan kegemaran anda. Sokongan penyokong pastinya akan memberikan tonik tambahan kepada pemain-pemain bagi memberikan yang terbaik.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Final Malaysia Futsal Cup 2023 Pahang Rangers vs JDT

Untuk peminat-peminat sukan futsal, anda boleh saksikan perlawanan final dan penentuan tempat ke-3/ke-4 secara langsung yang akan di bawakan ke kaca tv menerusi saluran Astro Arena 801 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, sekiranya anda tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton perlawanan ini secara live streaming menerusi platform web atau aplikasi Tonton. Hanya perlu langgan pek sukan dengan harga RM34.90 sebulan tanpa kontrak.

Jadi jangan lupa untuk saksikan final Malaysia Futsal Cup 2023 pertemuan antara Pahang Rangers vs Johor Darul Ta'zim pada 10 September ini, hari Ahad bertempat di Stadium Malawati Shah Alam pada belah malam. Pada petang, boleh tonton Terengganu vs Selangor MAC

PERLAWANAN TEMPAT KE-3/KE-4 MALAYSIA FUTSAL 2023

10 September 2023 (Ahad)

FT : Terengganu (2) - (7) Selangor MAC

  • Fariq Mohammad 6'
  • Nontawata Rakpitawong 19'
  • Faris Johan 33'
  • Matheus Vasconcelos Silva 36'
  • Syahir Iqbal Khan 36'
  • Khairul Effendy Bahrin 37' 38'
  • Takeshi Higuchi 37'
  • Shafiq Afnan Azmi 39'

Masa : 4.00 pm
Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam
Tayangan : Astro Arena 801
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

FINAL MALAYSIA FUTSAL CUP 2023

10 September 2023 (Ahad)

AET : Pahang Rangers (4) - (4) JDT (Penalti: 3-1)

  • Ekmal Shahrin 2', 23'
  • Ridzwan Bakri 17', 39'
  • Saad Sani 36' (GS)
  • Azwann Ismail 36'
  • Sergio Jamur 42'
  • Awaluddin 43'

Masa : 8.30 pm
Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam
Tayangan : Astro Arena 801
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post