Siaran Langsung Live Streaming Futsal JDT vs Selangor MAC Separuh Akhir Malaysia Futsal Cup 2023

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Selangor MAC Separuh Akhir Malaysia Futsal Cup 2023

Kini tiba hari penentuan untuk perlawanan kedua pusingan separuh akhir bagi kejohanan Malaysia Futsal Cup 2023 antara JDT vs Selangor MAC yang mana akan berlangsung pada 2 September 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya, Pasir Gudang.

Bermula daripada pusingan suku akhir dimana perlawanan akan diadakan secara timbal balik. Jadi dalam perlawanan pertama untuk pertemuan kedua-dua pasukan ianya telah memihak kepada JDT apabila menang 3-0 ketika bertemu Selangor MAC di Shah Alam.

Dengan itu, JDT kini lebih selesa untuk mengharungi perlawanan timbal balik kedua apabila berbekalkan dengan agregat 3 gol berbanding Selangor MAC. Ditambah pula, JDT kini pula menjadi tuan rumah untuk perlawanan ini.

Tetapi jika dilihat daripada prestasi di pusingan suku akhir, kedua-dua pasukan JDT dan Selangor MAC berjaya menewaskan pasukan lawan masing-masing dengan bilangan agregat yang tipis. Meskipun begitu, mereka tetap berjaya mara.

JDT menang terhadap KL City dengan agregat 6-4 sahaja. Mereka menangn 3-1 pada perlawanan pertama dan seri untuk perlawanan kedua dengan 3-3. Manakala Selangor MAC menang tipis 8-7 kepada Shah Alam City. Menang 6-3 pada game pertama dan tewas 2-4 pada game kedua.

Jika dilihat pertembungan bagi kedua-dua pasukan untuk tahun 2023 ini sepertinya memihak kepada pasukan JDT. Sebelum ini, mereka telah diundi dalam kumpulan B ketika bermain dalam saingan MPFL 2023 yang mana menyaksikan JDT muncul sebagai juara kumpulan diikuti dengan Selangor MAC.

Sepanjang musim ini, mereka hanya pernah bertemu dua kali sahaja dan kedua-duanya dalam saingan liga MPFL. Kali pertama mereka bertemu, perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Untuk kali kedua, JDT berjaya menumbangkan Selangor MAC dengan jaringan 4-1.

Jika dilihat daripada segi prestasi keseluruhan untuk pasukan JDT terhadap Selangor MAC, perlawanan ini pastinya akan memihak kepada JDT. Selaku naib juara MPFL 2023, agregat 3 gol beserta beraksi ditempat sendiri, pastinya sangat memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah tersebu.

Jadi untuk penyokong kedua-dua pasukan terutamanya kepada pasukan tuan rumah, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium pada malam ini bagi menyaksikan aksi terakhir sebelum penentuan pasukan manakah yang akan pergi ke final bagi bertemu antara Pahang Rangers atau Terengganu.

Anda boleh dapatkan tiket masuk stadium yang kini telah dijual secara online kepada orang ramai menerusi laman web di www.tickethotline.com.my dengan harga RM10 untuk tiket terbuka dan RM20 untuk tiket grandstand.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Separuh Akhir Malaysia Futsal Cup 2023 JDT vs Selangor MAC

Pasukan manakah yang akan melayakkan diri ke final Malaysia Futsal Cup 2023 antara JDT dan Selangor MAC untuk musim kali ini? Pasukan manakah yang akan bertemu antara pemenang Pahang Rangers atau Terengganu nanti? Untuk ketahuinya, jangan lupa untuk saksikan perlawanan ini nanti.

Setakat ini tiada pengumuman rasmi daripada mana-mana syarikat tv bagi menyiarkan perlawanan secara langsung di kaca tv baik astro mahupun rtm. Tetapi jika sebelum ini, anda boleh saksikannya secara live streaming menerusi facebook Xtion Broadcast atau balrz.tv.

Jadi jangan lupa untuk saksikan aksi kedua pusingan separuh akhir Malaysia Futsal Cup 2023 pertemuan antara Johor Darul Ta'zim vs Selangor MAC pada 2 September ini, hari Sabtu bertempat di Stadium Majlis Bandaraya, Pasir Gudang.

2 September 2023 (Sabtu)

FT : JDT (5) - (3) Selangor MAC (Agg: 8-3)

  • Firdaus Ambiah 11'
  • Matheus Vanconcelos Silva 13'
  • Syed Aizad Daniel (GS) 16'
  • Caio Cesar 16', 29'
  • Takeshi Higuchi 23'
  • Faris Johan 35'
  • Abu Haniffa Hasan 38'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang
Tayangan TV : tiada
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*JDT berjaya mara ke final Malaysia Futsal Cup 2023 bertemu Pahang Rangers

Post a Comment

Previous Post Next Post