Perlawanan Kelayakan Bagi AFC U23 Asian Cup Bermula Rabu Ini

Perlawanan Kelayakan Bagi AFC U23 Asian Cup Bermula Rabu Ini

Sebanyak lima puluh lima pasukan kini sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan kelayakan untuk melayakkan diri ke final Piala Asia AFC U23 yang akan diadakan di Qatar bermula 15 April hingga 3 Mei 2024 kelak.

Untuk perlawanan kelayakan, ianya akan bermula dari 4 hingga 12 September 2023 dan kesemua pasukan kini telah dibahagikan dalam 11 kumpulan kesemuanya. Juara bagi setiap kumpulan bersama empat naib juara terbaik akan melayakkan diri ke final. Qatar sebagai tuan rumah telah layak secara automatik.

Pasukan seperti Thailand, Brunei, Myanmar, Singapura, Vietnam, Filipina, Laos, Indonesia, Kemboja dan termasuklah Malaysia akan mendapatkan tempat ke kejohanan tersebut dan juga cuba untuk melayakkan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Beberapa pasukan mengharapkan kelebihan bermain di halaman sendiri akan memberikan harapan untuk ke final AFC Cup U23 Asian Cup kelak, termasuk Jordan untuk kumpulan A, Vietnam untuk kumpulan C dan Thailand bagi kumpulan H.

Selain itu, negara lain yang menjadi tuan rumah bagi perlawanan kelayakan ini iaitu Korea Selatan, Bahrain, Uzbekistan, Kuwait, China, Tajikistan, Arab Saudi dan Indonesia.

Pada edisi lalu 2022 yang telah diadakan pada Jun, kita telah menyaksikan Arab Saudi muncul juara ke-5 selepas menundukkan pasukan tuan rumah iaitu Uzbekistan dengan jaringan 2-0. Malaysia mengakhiri saingan di tempat tercorot dalam kumpulan C dan pulang tanpa sebarang mata.

Undian Kumpulan Bagi Setiap Pasukan Dalam Perlawanan Kelayakan AFC U23 Asian Cup 2024

Berikut merupakan undian kumpulan bagi setiap pasukan yang bertanding dalam perlawanan kelayakan AFC U23 Asian Cup:

Kumpulan A : Jordan (tuan rumah), Syria, Oman, Brunei

Kumpulan B : Korea Selatan (tuan rumah), Myanmar, Kyrgyzstan, Qatar

Kumpulan C : Vietnam (tuan rumah), Singapura, Yaman, Guam

Kumpulan D : Jepun, Bahrain (tuan rumah), Palestin, Pakistan

Kumpulan E : Uzbekistan (tuan rumah), Iran, Hong Kong, Afghanistan

Kumpulan F : Iraq, Kuwait (tuan rumah), Timor-Leste, Macau

Kumpulan G : UAE, India, Maldives, China (tuan rumah)

Kumpulan H : Thailand (tuan rumah), Malaysia, Bangladesh, Filipina

Kumpulan I : Australia, Tajikistan (tuan rumah), Laos, Korea Utara

Kumpulan J : Arab Saudi (tuan rumah), Kemboja, Lebanon, Mongolia

Kumpulan K : Turkmenistan, Indonesia (tuan rumah), Chinese Taipei

Post a Comment

Previous Post Next Post