Logo Merdeka, Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023 (Malaysia Madani)

Logo Merdeka, Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023 (Malaysia Madani)

Setiap tahun ketika menjelang Hari Kebangsaan atau Merdeka serta Hari Malaysia, seluruh rakyat Malaysia pasti tertunggu-tunggu logo dan tema apakah yang bakal digunakan pada tahun tersebut bagi meraikan hari bersejarah ini.

Pada 31 Ogos nanti untuk Hari Kebangsaan, logo apa dan tema apakah yang akan digunakan? Kemudian pada pada 16 September untuk Hari Malaysia, pada ketika itu juga, kita akan menggunakan logo dan tema yang yang sama.

{tocify} $title={Table of Contents}

Dengan adanya perkara ini, ianya boleh digunakan sebagai simbol dan slogan untuk memupuk perpaduan. Pada hari bersejarah ini lah, kita semua rakyat Malaysai tanpa berbilang kaum bersatu di bawah nama dan panji Malaysia.

Jadi pada 27 Mei 2023 yang lalu, Menteri Komunikasi dan Digital iaitu YB Fahmi Fadzil secara rasminya telah melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan serentak dengan Hari Malaysia untuk tahun 2023 yang dalam masa yang sama dilancarkan serentak di Kuching dan Kota Kinabalu.

Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023

Pada tahun 2023, kita semua rakyat Malaysia bakal meraikan dan menyambut Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka yang ke-66. Manakala Hari Malaysia disambut untuk tahun ke-60. Inilah sejarah dan kebanggaan semua rakyat Malaysia.

Logo Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023

Telah ditetapkan Logo Hari Kebangsaan 2023 (termasuk Hari Malaysi 2023) adalah seperti gambar dibawah dengan menggunakan logo Malaysia MADANI menjadi logo rasmi

Logo Merdeka, Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023 (Malaysia Madani)

Rasional Dan Maksud Logo

Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi Hari Kebangsaan & Hari Kebangsaan (HKHM) pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini yang berteraskan Malaysia Madani dan menghasilkan corak simbolik 'tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara'

Logo ini mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.

Jalur - Melambangkan lima jari dengan jalur merah dan putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara yang mendasari ideologi Malaysia.

Bulan Sabit - Melambangkan simbol agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Bintang - Berbucu 14 melambangkan perpaduan dalam kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)

Bulatan - Dalam lingkungan warna biru melambangkan permuafakatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat

Warna Kuning - Pada anak bulan dan bintang itu adalah tanda negara ini dinaungi oleh Raja Berpelembagaan.

Warna Merah - Adalah tanda semangat jati diri rakyat Malaysia yang mendukung semangat wira yang membara.

Warna Biru - Mendasari apresiasi jalinan budaya perpaduan nasional masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Warna Putih - Tanda keikhlasan dan keamanan sebuah negara bangsa yang merdeka.

Warna Hitam - Keyakinan rakyat terhadap kemajuan kehidupan dalam citra Malaysia yang unik

Logo Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023

Kerajaan telah menetapkan tema Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2023 ialah 'Tekad Perpaduan Penuhi Harapan'

Rasional Dan Maksud Tema

'Tekad Perpaduan Penuhi Harapan' dipilih sebagai tema sambutan pada tahun 2023. Tema ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera.

HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

Download Logo Dan Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023

Jadi kepada orang ramai yang ingin dapatkan logo rasmi sempena hari merdeka ini, anda boleh download atau muat-turun secara rasmi di laman web merdeka360 atau dipautan INI.

Anda bebas menggunakannya bagi memeriahkan lagi suasana sempena kedatangan 31 Ogos ini. Pautan ini juga menyediakan panduan lengkap tentang tatacara penggunaan yang betul berkaitan logo yang boleh dibuat rujukan. 

Post a Comment

Previous Post Next Post