Cara Sertai Uji Bakat Bintang RTM 2024 Di Lokasi Terpilih Dan Secara Online

Cara Sertai Uji Bakat Bintang RTM 2024

Yang ditunggu-tunggu kini kembali lagi. Selepas 5 tahun menyepi, program Bintang RTM kini kembali untuk tahun 2024 dan kini sesi uji bakat mencari peserta sedang giat dijalankan. Jangan lepaskan peluang untuk anda bersinar.

Program pencarian bakat nyanyian yang telah mula sejak tahun 1974 ini telah terhenti seketika sebelum ini. Kali terakhir diadakan adalah pada tahun 2018 dimana ketika itu Hariz telah dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 2018 sekali gus membawa pulang RM20,000 beserta trofi.

Ya, program pencarian bakat ini telah diadakan sejak 70-an lagi dan ianya menjadi acara tahunan sehingga tahun 1986. Dari tempoh tersebut, hingga kini sudah banyak bintang dilahirkan. Antaranya Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad, Dato' Jamal Abdillah, Rohana Jalil, Rahmlah Ram, Noraniza Idris dan ramai lagi.

Jadi mungkin kali ini giliran anda untuk bersinar. Jika anda ada bakat nyanyian, inilah masa untuk anda persembahkan kepada barisan juri dan buktikan anda mampu untuk menyanyi dan menyinar dalam industri hiburan tanah air.

Cara Sertai Uji Bakat Bintang RTM

Pertandingan yang bakal bermula pada tahun 2024 ini telah membuka sesi ujibakat secara online iaitu dari 10 Julai hingga 10 September 2023. Ianya terbuka kepada warganegara Malaysia berumur daripada 15 hingga 25 tahun.

Hantar video nyanyian dan butiran diri (salinan MyKad, gambar terkini dan nombor telefon) menerusi emel di alamat bintangrtm@rtm.gov.my. Kemudian anda muat naik video nyanyian anda tersebut di media sosial dengan hashtag #Inibarubintang #bintangrtm #brtm2024.

Uji bakat bintang rtm 2024 secara online

Jadual Uji Bakat Bintang RTM 2024

Selain daripada uji bakat secara online, pencarian Bintang RTM 2024 juga dibuka secara langsung bermula dari 5 Ogos hingga 24 September di beberapa lokasi terpilih seluruh Malaysia.

Syarat Penyertaan

  1. Umur 15-25 tahun
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bawa salinan MyKad dan gambar terkini
  4. Uji bakat terbuka, tidak terhad kepada amatur sahaja (bawa muzik minus one sendiri)

Pulau Pinang
Royale Chulan Hotel Penang
5 - 6 Ogos 2023

Johor Bahru
Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor
18, 19 & 20 Ogos 2023

Kuantan
RTM Pahang
26 - 27 Ogos 2023

Kota Kinabalu
RTM Kota Kinabalu, Sabah
2 - 3 September 2023

Kuching
Vivacity Megamall Kuching, Sarawak
9 - 10 September 2023

Kuala Lumpur
RTM Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur
23 - 24 September 2023

Mungkin anda seterusnya bakal bergelar Bintang RTM 2024. Untuk info lanjut, anda boleh layari laman web di www.bintangrtm.rtm.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post