Syarat Menerima RM300 Subsidi Tiket Penerbangan Untuk FLYSISWA

Syarat Menerima RM300 Subsidi Tiket Penerbangan Untuk FLYSISWA

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan akan memberikan inisiatif bantuan subsidi bagi pembelian tiket penerbangan khusus untuk pelajar universiti awam sebanyak RM300.

Ianya adalah melibatkan laluan domestik antara semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sekali gus bakal dimanfaatkan seramai lebih 56,000 pelajar daripada universiti awam.

Inisiatif ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucer digital bernilah RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus.

Antara syarikat penerbangan yang terlibat dalam iniatif yang diberinama FLYSISWA ini seperti Malaysia Airlines, Air Asia, Batik Air, MyArlines, MAS Wings dan Firefly.

Cara Permohonan

Permohonan bagi inisiatif bantuan subsidi pembelian subsidi tiket penerbangan sebanyak RM300 ini boleh dibuat mulai 15 Ogos 2023 dan tarikh akhir penebusan adalah pada 31 Disember 2023.

Syarat Menerima RM300 Subsidi Tiket Penerbangan Untuk FLYSISWA

Anda boleh semak menerusi pautan subsidiudara.mot.gov.my/. Jika layak, anda sudah boleh mula mohon baucer digital tersebut. Tetapi sekiranya tidak layak, anda boleh buat rayuan kepada KPT melalui Universiti masing-masing.

Terma Dan Syarat Bagi Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan

Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut;

  1. Berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia;
  2. Berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  3. Berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  4. Berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
  5. Berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.

Pembelian tiket penerbangangan adalah sah untuk sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal dan tempat pelajar sedang menuntut.

Selain itu, permohonan baucer hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana syarikat penerbangan. Info lanjut, boleh layari www.mot.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post