Siaran Langsung JDT vs Kelantan Piala Malaysia 2023 Live Streaming

Siaran Langsung JDT vs Kelantan Piala Malaysia 2023 Live Streaming

Piala Malaysia 2023 diteruskan lagi dan kali ini sudah memasuki perlawanan kedua bagi pusingan 16 terbaik dimana mempertemukan JDT vs Kelantan iaitu pada 18 Ogos 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri Johor.

Kali ini, JDT akan menjadi tuan rumah selepas kedua-dua pasukan ini bertemu pada pusingan pertama pada 4 Ogos yang lalu dimana berkesudahan dengan JDT menjaringkan lima gol berbalas satu. Bekalan empat gol yang dibawa untuk pusingan kedua.

Pada perlawanan pertama, Kelantan terlebih dahulu telah diundi sebagai tuan rumah dalam pusingan 16 terbaik ini. Walaubagaimanapun, mereka masih tidak mampu untuk menyekat kehebatan JDT meskipun sudah bertemu beberapa kali sebelum ini.

Untuk rekod, Kelantan dan JDT pernah bertemu sebanyak tiga kali sepanjang musim 2023. Kali pertama mereka bertemu dalam saingan liga, Kelantan tewas 1-5. Kemudian kali kedua, juga dalam saingan liga, tetap tewas 0-5 dan kali ketiga pada first leg pertama yang lalu juga tewas 1-5.

JDT sebuah pasukan bola sepak tempata yang menunjukkan taringnya sebenar dalam saingan kali ini. Sejak saingan Liga Malaysia bermula pada Februari yang lalu, mereka tidak pernah tewas dalam mana-mana perlawanan baik dalam saingan liga dan piala fa.

Bukan itu sahaja, JDT juga telah menjaringkan bilangan gol terbanyak setakat ini dalam saingan liga iaitu lebih 70 gol untuk satu musim. Disamping itu, JDT juga merupakan sebuah pasukan yang bolos paling sedikit setakat ini.

Berbeza dengan Kelantan yang telah menerima beberapa siri kekalahan sebelum ini baik dalam saingan liga mahupun di piala fa. Belum sempat mereka ingin kembali mencari rentak kemenangan, minggu lalu mereka dibelasah sehingga lapan gol tanpa balas.

Pertemuan kali keempat ini, pastinya lagi sukar untuk Kelantan bagi menghadapi JDT yang kali ini bermain di kubu kuat mereka di Iskandar Puteri. Perlu berhadapan dengan barisan pemain yang berkualiti disamping peminat dan penyokong tuan rumah di stadium.

Agregat kini berkelebihan untuk JDT 5-1. Kelantan perlukan empat gol untuk menyamakan kedudukan dan perlukan tambahan satu gol untuk mara ke pusingan seterusnya tanpa JDT menambah bilangan gol pada hari perlawanan tersebut.

Pemenang antara JDT dan Kelantan akan mara ke pusingan Suku Akhir Piala Malaysia dimana mereka bakal bertemu antara pasukan Kelantan United atau Negeri Sembilan. Setakat ini, Negeri Sembilan mendahului dengan agregat 1-0 mengatasi Kelantan United

Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk stadium terutamanya kepada penyokong tuan rumah, JDT. Anda boleh mula dapatkan tiket secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan penuhkan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Dan Live Streaming JDT vs Kelantan Liga Super 2023

Bagi yang tidak ke stadium dengan menonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau secara online di Astro Go khusus untuk pengguna pek sukan Astro.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming menerusi aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 dengan harga bermula RM9.90 untuk satu perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan, jangan terlepas untuk saksikan perlawanan kedua pusingan 16 Piala Malaysia 2023 antara JDT vs Kelantan pada 19 Ogos ini, hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada pukul 9.00 malam.

19 Ogos 2023 (Sabtu)

FT : JDT (10) - (0) Kelantan (Agg: 15-1)

  • Bergson da Silva 21', 43', 73'
  • Takahiro Kunimoto 24', 37'
  • Juan Muniz 53'
  • Daryl Sham 59'
  • Heberty 61'
  • Arif Aiman 64'
  • Aysar Hadi Shapri 90+3'

Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*JDT mara ke Suku Akhir Piala Malaysia 2023, manakala Kelantan terkeluar daripada kejohanan dan teruskan di suku akhir Challenge Cup 2023.

Post a Comment

Previous Post Next Post