Cara Tonton Drama Rajuk Karina Semua Episod Secara Online

Cara Tonton Drama Rajuk Karina Semua Episod Secara Online

Drama Rajuk Karina adaptasi novel karya Sufea Hareez ini telah pun disiarkan di tv, tetapi mungkin ada antara anda yang tidak sempat untuk menontonnya pada hari ditayangkan tersebut.

Ada berita baik untuk peminat drama melayu terutamanya drama ini dimana anda masih boleh saksikannya secara langsung iaitu menerusi platform Tonton.

Untuk info, drama Rajuk Karina telah mula bersiaran pada 10 Ogos 2023 yang lalu bagi menggantikan drama Tentang Hati Dia. Ianya telah dimainkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat menerusi slot Akasia di TV3 pada pukul 7.00 malam.

Drama 28 episod terbitan Country & Universal Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Harris Fadzillah ini menampilkan gandingan terbaru Siti Hariesa dan Yusuf Bahrin sebagai teraju utama.

Disamping itu terdapat juga pelakon-pelakon lain seperti Nazim Othman, Puteri Aishah, Eryna Nur Syifaa, Anne Abdullah, Shewta Sekhon, Rahim Omar, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Rajuk Karina

Drama Rajuk Karina mengisahkan tentang perjuangan Karina (Siti Hariesa) dalam mengharungi kehidupan akibat perkahwinanya yang amat menguji kesabaran.

Cadangan Opah untuk menyatukan Mizan (Yusuf Bahrin) dan Karina di jinjang pelamin tidak kesampaian. Mizan tidak mahukan Karina dan enggan mengahwininya. Disebabkan itu, Karina berasa kecil hati.

Rasa kecil hatinya itu telah mendorongnya untuk berkahwin dengan Saiful secara tergesa-gesa. Disebabkan itu, dia tidak bernasib baik apabila kehidupannya merana sejak bergelar isteri kepada Saiful (Nazim Othman).

Dalam dalam rumah tangganya, Karina diperlakukan perkara yang tidak baik oleh ibu mertuanya sendiri, Asmah (Anne Abdullah). Bukan itu sahaja, suaminya pula bermain kayu tiga dengan seorang wanita, Anum (Puteri Aishah).

Tidak lama kemudian, akhirnya Saiful telah menceraikan Karina meskipun dia sedang sarat mengandung.

Takdir telah menemukan Karina dengan Mizan di sebuah universiti swasta yang sepertinya memberikan harapan baru untuk Karina untuk mengecapai kebahagiaan.

Namun, kehidupannya masih tidak aman berikutan ugutan daripada bekas suaminya, Saiful yang ingin menuntut hak penjagaan anak mereka iaitu Batrisyia.

Akhirnya, Karina dan Mizan disatukan dan mereka hidup dalam suasana yang bahagia. Tetapi Asmah dan Anom berasa tidak puas hati melihat Karina gembira.

Disebabkan itu, mereka telah merancang strategi jahat untuk memusnahkan dan menjatuhkan rumah tangga ini. Mampukah Karina bangkit melawan?

Cara Tonton Drama Rajuk Karina

Sebenarnya ketika drama ini disiarkan di tv, anda juga boleh saksikan secara online iaitu menerusi pautan Live TV di Tonton. Tetapi sekiranya terlepas, anda boleh saksikan secara on demand pada bila-bila masa iaitu selepas habis tayangan di tv.

Jadi untuk yang ingin menonton semua episod hingga akhir drama Rajuk Karina selepas ini, anda boleh pergi ke platform penstriman www.tonton.com.my atau menggunakan aplikasi Tonton. Boleh tengok semua episod online secara percuma.

Post a Comment

Previous Post Next Post