Jadual Siaran Langsung Sabah vs JDT Liga Super 2023 Live Streaming

Sabah vs JDT

Perlawanan pertama hari kedua Liga Super 2023 untuk minggu kesembilan belas membuka tirai dengan sebuah perlawanan tumpuan iaitu antara Sabah vs JDT.

Perlawanan ini akan berlangsung pada tarikh 9 Ogos 2023, hari Rabu dimana ianya akan diadakan di Stadium Likas di Kota Kinabalu.

Menjadi 'match of the week' untuk minggu ini apabila mempertemukan dua buah pasukan yang berada di kelompok teratas. JDT sebagai pendahulu liga dan Sabah kini di tempat kelima.

Kedua-dua pasukan sebelum ini pernah bertemu, juga dalam saingan liga iaitu pada bulan Mac yang lalu dalam minggu keenam (LS6).

Perlawanan tersebut menyaksikan kekalahan pertama Sabah selepas lima perlawanan awal. Mereka tewas 4-0 kepada JDT ketika itu menjadi tuan rumah.

Untuk musim 2023, buat kali pertama JDT akan bertandang ke Likas dan pastinya menarik untuk disaksikan aksi sebenarn bola sepak daripada kedua-dua pasukan.

Mampukah Sabah Menyekat Kemenangan Berterusan JDT?

Jika dilihat daripada segi prestasi semasa, Sabah berada dalam form yang baik. Dalam tempoh lima perlawanan, mereka menang empat daripadanya.

Pada hujung minggu yang lalu juga, mereka menang 3-0 kepada Kuching City dalam aksi Piala Malaysia. Momentum tersebut pastinya diteruskan untuk perlawanan kali ini.

Tapi adakah Sabah mampu untuk memberikan kejutan kepada pasukan gergasi JDT yang kini sepertinya tidak dapat dihalang kemaraan mereka ini?

JDT Akan Terus Mengaum

Momentum Harimau Selatan pastinya tidak akan pernah mengendur. Perlawanan demi perlawanan, mereka menunjukkan kesungguhan untuk memenang perlawanan.

Baik dari saingan Piala FA, Liga Super dan baru-baru ini Piala Malaysia, mereka bermain sangat-sangat baik. Tidak pernah kehilangan mata dalam saingan liga dan setakat ini hanya bolos 3 gol sahaja.

Bermain di tempat sendiri pun beraksi dengan baik. Bertandang ke tempat lawan juga, pasukan tuan rumah tidak mampu untuk mencuri mata. Itulah Johor Darul Ta'zim.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Sabah vs JDT Liga Super 2023

Untuk yang berada di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini yang dibawa secara langsung ke kaca tv menerusi Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming menerusi aplikasi Sooka dengan melanggan Pas Liga Malaysia 2023 dengan harga bermula RM9.90 untuk satu perlawanan.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Sabah vs JDT

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Liga Super 2023 LS19 antara Sabah vs JDT pada Rabu ini, jam 8.15 malam bertempat di Stadium Likas

9 Ogos 2023 (Rabu)

FT : Sabah (1) - (5) JDT

  • Jafri Chew 13'
  • Juan Muniz 17'
  • Bergson da Silva 25' (P), 63', 74'
  • Heberty 48'

Waktu : 8.15 Malam
Venue : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post