Jadual Siaran Langsung Kedah vs Sri Pahang Liga Super 2023 Live Streaming

Kedah vs Sri Pahang

Hari pertama minggu kesembilan belas Liga Super 2023 kali ini akan berlangsung tiga perlawanan dan salah satunya pertemuan Kedah vs Sri Pahang.

Perlawanan ini akan berlangsung pada pertengahan minggu iaitu pada 8 Ogos 2023, hari Selasa dimana ianya akan diadakan di Stadium Darul Aman di Aor Setar.

Ini juga menjadi antara perlawanan tumpuan pada minggu ini dimana mempertemukan dua buah pasukan di kelompok teratas liga iaitu tempa ketiga dan keempat.

Mereka sebelum ini pernah bertemu sekali juga dalam saingan liga iaitu pada Mac yang lalu dalam minggu keenam (LS6). Kini pertemuan kali kedua untuk musim 2023.

Dalam pertemuan tersebut telah menyaksikan kekecewaan Sri Pahang apabila bolos saat akhir yang akhirnya kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan 1 mata.

Kini mereka bertemu sekali lagi dan Darul Aman akan menjadi penuntu adakah Kedah mampu untuk mendapatkan 3 mata penuh atau pasukan lawan mampu untuk cipta kejutan.

Kedah Mahu Kekalkan Rentak Kemenangan

Jika dilihat daripada lima perlawanan terakhir, Kedah Darul Aman hanya tewas sekali sahaja. Selebihnya empat perlawanan mereka menang kesemuanya.

Bukan itu sahaja, mereka juga telah meraih tiga kemenangan berturut-turut pada minggu-minggu sudah yang mana sudah pastinya semangat tersebut akan dibawa ke perlawanan kali ini.

Tetapi mereka baru sahaja terima kejutan apabila tewas kepada Perak dalam saingan Piala Malaysia 2023 baru-baru ini. Adakah ianya akan menjejaskan prestasi dalam saingan liga?

Sri Pahang Bagi Yang Terbaik Untuk Menang

 Sri Pahang juga sebenarnya mempunyai pretasi yang baik dalam perlawanan-perlawanan sudah. Dalam jumlah perlawanan yang sama, mereka juga hanya tewas sekali sahaja.

Selebihnya mereka menang meskipun menghadapi pasukan gergasi seperti Selangor. Dalam Piala Malaysia, mereka juga menang perlawanan pertama.

Tetapi mungkin bermain di tempat sendiri untuk Kedah akan mendapat sedikit kelebihan berbanding Sri Pahang yang datang sebagai pasukan pelawat.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Kedah vs Sri Pahang Liga Super 2023

Untuk penonton di rumah yang tidak hadir ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803) atau secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming menggunakan platform aplikasi Sooka dengan melanggan Pas Liga Malaysia 2023 berharga RM9.90 untuk satu perlawanan.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Kedah vs Sri Pahang

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Liga Super 2023 LS19 antara Kedah vs Sri Pahang pada Selasa ini, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Darul Aman.

8 Ogos 2023 (Selasa)

FT : Kedah (2) - (0) Sri Pahang

  • Ifedayo Omosuyi 4'
  • J. Partiban 42'

Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium Darul Aman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post