Anda Kini Boleh Saksikan Liga Saudi Roshn Menerusi SPOTV

Anda Kini Boleh Saksikan Liga Saudi Roshn Menerusi SPOTV

SPOTV teruja untuk mempersembahkan Roshn Saudi League kepada peminat bola sepak untuk dua musim, selepas menandatangani kerjasama dengan Liga tersebut bagi hak penyiaran di Hong Kong, Indonesia, Jepun, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan and Thailand.

Di Malaysia, 102 perlawanan dari musim 2023/23 akan mula disiarkan hujung minggu ini, 12 Ogos jam 2.00 pagi waktu Malaysia.

Penonton boleh menyaksikan tiga (3) perlawanan setiap minggu secara langsung, di saluran SPOTV dan juga aplikasi SPOTV NOW. Pelanggan Premium SPOTV NOW boleh strim perlawanan secara langsung di telefon bimbit atau laman web.

Saluran SPOTV boleh didapati di Astro dan Unifi TV.

Ini satu berita hebat untuk platform kami bagi Liga yang sedang menjalankan musim perpindahan pemain secara aktif dengan kehadiran pemain-pemain bintang ke kelab-kelab ternama seperti Al Nassr, AlHilal, Al Ahli dan Al Ittihad.

Liga ini menampilkan bintang-bintang seperti Cristiano Ronaldo, perpindahan baharu; bekas bintang Real Madrid, Karim Benzema, bekas pemain tengah Chelsea N'Golo Kante, pemain pertahanan Kalidou Koulibaly dan penjaga gol Edouard Mendy.

Selain itu juga, ada penyerang Liverpool Roberto Firmino dan pemain tengah Fabinho, bekas pemain tengah Inter Milan Marcelo Brozovic, bekas pemain pertahanan Manchester United Alex Telles, bekas penyerang Manchester City Riyad Mahrez, bekas penyerang Bayern Munich Sadio Mane, dan bekas penyerang Newcastle United Allan Saint-Maximin, dan ramai lagi masih dalam perbincangan.

Anda Kini Boleh Saksikan Liga Saudi Roshn Menerusi SPOTV

Roshn Saudi League adalah salah satu liga bola sepak yang dinantikan musim ini dimana peminat bola sepak diseluruh dunia bakal menantikan aksi bintang-bintang bola sepak ini yang bakal beraksi di arena yang baharu.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti aksi secara langsung dengan lebih dekat, di mana-mana dan pada bila-bila masa di SPOTV!

SPOTV komited dalam memperkenalkan era baharu dalam hiburan sukan dengan membawakan peminat lebih dekat kepada acara sukan terbesar dunia, bukan sahaja di skrin TV, tetapi juga melalui aplikasi SPOTV NOW.

Post a Comment

Previous Post Next Post