Koleksi Senarai Pantun Merdeka Dan Hari Kebangsaan Tahun 2023

Koleksi Senarai Pantun Merdeka Dan Hari Kebangsaan

Bila tiba Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan pastilah kita mahukan yang terbaik dengan sambutan dan ucapan kepada semua rakyat Malaysia. Apa kata kita bagi pantun sempena Hari Merdeka kali ini.

Malaysia setiap tahun akan menyambut Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. Jadi sepanjang bulan Ogos pastinya banyak aktiviti yang boleh dilakukan bagi menaikkan rasa cinta kepada negara.

Dalam bulan ini juga, anda boleh kongsikan kegembiraan kemerdekaan kepada keluarga dan rakan-rakan anda. Boleh bagi ucapan, pantun, kata-kata semangat dan macam-macam lagi. Tapi kalau nak bagi pantun, boleh tengok senarai disini.

{tocify} $title={Table of Contents}

Senarai Pantun Merdeka Dan Hari Kebangsaan

Berikut merupakan antara pantun Merdeka yang anda boleh gunakan sebagai ucapan kepada orang ramai:

Pantun 1

Jalur Gemilang Bendera Malaysia,
Megah Berkibat Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa KepadaNya,
Supaya Malaysia Aman Harmoni.

Pantun 2

Bunga Raya Di Dalam Dulang,
Daunnya Pula Di Makan Ulat,
Rakyat Dibela Pemimpin Dijulang,
Malaysia Merdeka Kekal Berdaulat.

Pantun 3

Bersatu Padulah Rakyat Malaysia,
Elakkan Diri Dari Pergaduhan,
65 Tahun Negara Merdeka,
Negara Makmur Terus Berwawasan.

Pantun 4

Jalur Gemilang Bendera Malaysia,
Megah Berkibar Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.

Pantun 5

Terbang Tinggi Si Burung Merpati,
Hinggap Sebentar Di Atas Dahan,
Sudah 65 Tahun Kemerdekaan Dirai,
Negara Sejahtera Penuh Kenangan.

Pantun 6

Tanah Air Ku Terus Terbilang,
Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan,
Ayuh Kibarkan Jalur Gemilang,
Semarakkan Bersama Bulan Kebangsaan.

Pantun 7

Mencari Umpan Menangkap Ikan,
Buat Santapan Orang Berkelana,
Laungan Merdeka Menjadi Kebanggaan,
31 Ogos Peristiwa Bermakna.

Pantun 8

Baju Kurung Baju Kebaya,
Manis Dipakai Oleh Cik Salma,
Tidak Luntur Semangatku Malaysia,
Usaha Perjuangan Kita Bersama.

Pantun 9

Mudik Ke Hulu Naik Perahu,
Berhenti Singgah Di Kampung Indera,
Mari Bersama Berganding Bahu,
Keharmonian Bersama Kekal Sejahtera.

Pantun 10

Dari Kelantan ke Negeri Melaka,
Singgah Berehat Di Pekan Kuantan,
Sudah 65 Tahun Malaysia Merdeka,
Hidup Aman Tiada Keperitan.

Pantun 11

Jalur Gemilang Bendera Negara,
Tanda Malaysia Negara Merdeka,
Sambutan Kemerdekaan Besar Ertinya,
Jangan Dinodai Dengan Dosa Dan Noda.

Pantun 12

Sampan Kolek Menuju Ke Hilir,
Sarat Muatan Si Buah Kelapa,
Jangan Berkata Hanya Di Bibir,
Cintakan Negara Apa Buktinya?

Pantun 13

Memang Terbilang Sebuah Hikayat,
Kisah Dahulu Ramai Yang Suka,
Jalur Gemilang Semangat Rakyat,
Dikibar Selalu Tanda Merdeka.

Pantun 14

Burung Bangau Di Sawah Padi,
Luka Berdarah Diikat Tali,
Jika Patriotisme Kurang Disemadi,
Mungkin Sejarah Lampau Berulang Kembali.

Pantun 15

Manis Senyuman, Melanjut Usia,
Bahagia Dicita, Terpancar Di Muka,
Kita Semua Keluarga Malaysia,
Bersama Kita, Sambut Merdeka.

Post a Comment

Previous Post Next Post