Jadual Siaran Langsung Liga Super 2023 Selangor vs KL City Live Streaming

Jadual Siaran Langsung Liga Super 2023 Selangor vs KL City Live Streaming

Antara perlawanan yang berlangsung untuk hari pertama, minggu kesembilan belas Liga Super 2023 adalah pertemuan antara Selangor vs KL City.

Perlawanan ini akan berlangsung pada hari bekerja iaitu 8 Ogos 2023, hari Selasa dimana ianya akan diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Menjadi antara perlawanan tumpuan pada minggu ini dimana derby Klang Valley kali kedua yang berlangsung pada musim kali ini.

Pertama kali kedua-dua pasukan Selangor dan KL City bertemu juga dalam saingan liga iaitu pada pusingan pertama yang lalu dalam minggu keenam (LS6).

Dalam perlawanan tersebut, ktia telah menyaksikan Selangor berjaya menumpaskan KL City dengan jaringan 3-1 meskipun beraksi di gelanggang lawan.

Selangor Ingin Kembali Ke Landasan Kemenangan

Walaupun dalam saingan Piala Malaysia, Selangor berjaya menewaskan pasukan lawan dengan bergaya, tetapi mereka sebelum itu telah tewas dalam saingan liga.

Jadi dengan kemenangan yang baru diperoleh tersebut, sedikit sebanyak akan dibawa ke saingan liga untuk terus mencari 3 mata penting.

Ini adalah bertujuan untuk terus memberikan tekanan kepada pendahulu liga, disamping mencari slot Asia untuk saingan musim hadapan dengan mendapatkan tempat kedua dalam liga super.

KL City Cuba Mencuri Mata

Pada pertembungan sebelum ini, meskipun KL City bermain di halaman dan di depan penyokong sendiri, mereka tetap tidak mampu untuk menewaskan pasukan Selangor.

Kali ini mereka bertemu sekali lagi, tetapi bermain di tempat lawan pula. Kelebihan yang diperoleh sebelum ini, pastinya akan merencatkan pasukan.

Jadi sekiranya tidak mampu untuk menumpaskan pasukan lawan, KL City ingin cuba sekurang-kurangnya untuk pulang dengan satu mata.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Selangor vs KL City Liga Super 2023

Untuk yang tidak hadir ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM serta tonton secara online di RTM Klik.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan platform Sooka untuk menonton secara live streaming. Tidak perlu kepada apa-apa langganan dan anda boleh strim secara percuma.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Selangor vs KL City

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Liga Super 2023 LS19 antara Selangor vs KL City pada Selasa ini, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling jaya

8 Ogos 2023 (Selasa)

FT : Selangor (2) - (0) KL City

  • Harith Haiqal 32'
  • Ayron del Valle 76'

Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium MBPJ
Tayangann : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post