Siaran Langsung JDT vs Perak Liga Super 2023 Live Streaming

Siaran Langsung JDT vs Perak Liga Super 2023 Live Streaming

Perlawanan kedua untuk hari pertama Liga Super 2023 bagi minggu kedua puluh ini bakal mempertemukan dua buah pasukan iaitu JDT vs Perak.

Perlawanan ini akan berlangsung pada tarikh 13 Ogos 2023, hari Ahad dimana ianya akan diadakan di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri, Johor.

Pada minggu ini, hanya melibatkan lapan pasukan dengan empat perlawanan sahaja. Manakala tiga lagi perlawanan ditunda kepada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Setiap kali perlawanan melibatkan pasukan JDT pastinya akan mencuri tumpuan terutamanya bagi peminat-peminat bola sepak tempatan untuk saksikan kemampuan mereka bermain bola sepak dengan kualiti yang tinggi.

Untuk rekod bagi musim 2023, kedua-dua pasukan JDT dan Perak pernah bertemu sekali iaitu juga dalam saingan liga iaitu pada bulan April yang lalu untuk minggu ketujuh (LS7).

Dalam perlawanan tersebut, kita telah menyaksikan bagaimana Perak dibelasah JDT dengan jaringan 5 gol tanpa balas meskipun bermain di homeground Perak. Itulah kehebatan JDT apabila bertemu dengan pasukan lawan.

Kali ini, Perak pula akan menjadi pasukan pelawat bagi menghadapi JDT dalam saingan liga kali ini. Adakah kita bakal dapat saksikan sekali lagi jaringan bolos yang tinggi untuk pasukan lawan ketika berhadapan dengan JDT nanti?

Akan tetapi, semangat Perak pastinya lebih tinggi berbanding perlawanan-perlawanan sebelumnya. Manakan tidak, Perak baru sahaja berjaya menumpaskan sebuah pasukan asal liga super iaitu Penang pada minggu lalu.

Kemenangan tersebut adalah yang keempat untuk musim ini dan kini Perak sudah mengumpul 16 mata daripada 19 perlawanan. Ini pastinya sedikit sebanyak akan memberikan tonik tambahan kepada pemain-pemain Perak.

Tidak terlalu banyak cerita yang ingin dikongsikan daripada sebuah pasukan yang hampir sempurna untuk Liga Malaysia 2023 kali ini iaitu Johor Darul Ta'zim.

Tidak pernah dicapai oleh mana-mana pasukan sebelum ini apabila mereka tidak pernah tewas atau seri dalam 19 perlawanana setakat ini. Mereka mengungguli carta liga dengan 57 mata iaitu mata maksimum.

Tidak cukup dengan itu, dalam tempoh perlawanan yang sama juga, JDT hanya dibolosi sebanyak 4 gol sahaja. Sehingga kini telah pun menjaringkan lebih 70 gol dan masih ada banyak lagi baki perlawanan yang bakal berlangsung.

Penyokong pasukan tuan rumah, pastinya tidak sabar-sabar untuk menyaksikan lagi aksi pasukan kegemaran mereka bermain bola sepak di atas padang.

Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk stadium yang kini sudah mula dijual. Anda boleh mula dapatkan tiket secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Datang dan penuhkan stadium

Siaran Langsung Dan Live Streaming JDT vs Perak Liga Super 2023

Untuk yang berada di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini yang akan dibawakan secara lansung di kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming menerusi aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 dengan harga RM9.90 untuk satu perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Liga Super 2023 LS20 antara JDT vs Perak pada 13 Ogos ini, hari Ahad, dengan waktu sepak mula pada pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail

13 Ogos 2023 (Ahad)

FT : JDT (5) - (0) Perak

  • Heberty 21'
  • Mattew Davies 27'
  • Bergson 36'
  • Oscar Arribas 55'
  • Juan Muniz 66'

Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Post a Comment

Previous Post Next Post