Siaran Langsung Keputusan Kelantan vs JDT Live Piala Malaysia 2023

Siaran Langsung Keputusan Kelantan vs JDT Live Piala Malaysia 2023

Perlawanan Kelantan vs JDT akan berlangsung pada 4 Ogos 2023, hari Jumaat yang mana ianya akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

Untuk perlawanan pertama, Kelantan akan menjadi tuan rumah terlebih dahulu dan akan melayan kunjungan Johor Darul Ta'zim bagi mengejar takhta Piala Malaysia 2023.

Kemudian pada 19 Ogos kelak, giliran JDT pula akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan timbal balik kedua yang mana Kelantan akan bertandang ke Iskandar Puteri.

Format Piala Malaysia 2023

Berbeza dengan tahun-tahun sudah, Piala Malaysia untuk tahun 2023 menggunakan format baru. Jika sebelum ini bermain dalam liga, kini menggunakan format kalah mati.

Perlawanan akan diadakan secara timbal balik dan setiap pasukan berpeluang menjadi tuan rumah. Pasukan yang memiliki bilangan gol atau aggregat tertinggi akan mara ke pusingan seterusnya.

Terdapat 16 pasukan iaitu terdiri daripada semua 12 pasukan Liga Super dan 4 pasukan daripada Liga M3 yang berada di kedudukan 4 teratas.

Pertembungan Kelantan vs JDT

Untuk tahun 2023, kedua-dua pasukan Kelantan dan JDT telah bertemu sebanyak dua kali masing-masing di tempat lawan dan tempat sendiri.

Tetapi kedua-duanya dimenangi oleh JDT. Sebuah pasukan yang tidak pernah keciciran mata dalam saingan liga dan juga juara Piala FA 2023.

Berbeza dengan Kelantan, merupakan pasukan tercorot liga yang mana hanya pernah mencatatkan sekali sahaja kemenangan sepanjang tempoh liga berlangsung.

JDT Lebih Unggul Untuk Mara Ke Suku Akhir

Jika dilihat di atas kertas, jika dilihat persembahan di atas padang, kita boleh jangka JDT pastinya tidak berdepan dengan masalah untuk mara ke pusingan seterusnya.

Walaupun bermain di tempat lawan pun, JDT pastinya tidak gentar dan sudah tentu akan memberikan sepenuhnya sehingga ke peringkat yang lebih jauh.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Kelantan vs JDT Piala Malaysia 2023

Perlawanan Kelantan vs JDT akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Untuk yang tidak mempunyai akses astro, anda boleh tonton secara live streaming di aplikasi Sooka dengan melanggan Pas Liga Malaysia 2023

Jadual Dan Keputusan Piala Malaysia 2023 Kelantan v JDT (First Leg)

Jangan terlepas untuk saksikan perlawanan pertama Piala Malaysia 2023 di pusingan 16 terbarik antara Kelantan dan JDT pada Jumaat ini, pada pukul 8.15 malam.

Keputusan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

4 Ogos 2023 (Jumaat)

FT : Kelantan (1) - (5) JDT

  • Bergson da Silva 6'
  • Heberty 15', 24'
  • Shahrul Saad 50'
  • Nazmi Faiz 67'
  • Khala' if Naskam 85'

Waktu : 8.15 Malam
Venue : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post