Cara Tonton Drama Cik PA Tuan Ash Full Episod Secara Online

Cara Tonton Drama Cik PA Tuan Ash Full Episod Secara Online

Drama Cik PA Tuan Ash telah pun mula disiarkan di tv, tapi mungkin ada antara anda yang tidak sempat untuk menontonnya pada malam hari. Jangan risau, kerana anda masih boleh saksikan drama tersebut secara online menerusi platform Tonton.

Untuk info, drama Cik PA Tuan Ash telah mula bersiaran pada 20 Julai 2023 yang lalu. Ianya dimainkan pada setiap hari Rabu dan Khamis menerusi slot Sakura di TV3 pada pukul 6.00 petang.

Drama 20 episod terbitan Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd, dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua ini menampilkan pasangan suami isteri iaitu Janna Nick dan Dini Schatzmann sebagai teraju utama.

Disamping itu terdapat juga pelakon lain seperti Alvin Chong, Raja Azura, Jaafar Onn, Hisham Zainal, Syarafi Sudarmaji, Kween Keela, Sharifah Husna, Camelia Natasya dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Cik PA Tuan Ash

Drama Cik PA Tuan Ash mengisahkan tentang seorang Tuan Ash (Dini Schatzmann) iaitu seorang yang berkerjaya dan hebat dalam urusan kerjayanya. Pandai dalam menguruskan syarikat, tetapi tidak dalam memilih calon isteri.

Tuan Ash menghadapi kesukaran dalam mencari kekasih untuk dikahwininya. Sering diperli oleh rakan-rakan seumurnya. Jadi dia bertekad untuk menamatkan zaman bujang mencari cinta sejatinya sebelum berumur 31 tahun.

Oleh kerana kerap gagal dalam usahanya untuk mengenali seseorang, Tuan Ash telah melanti Husna (Janna Nick) sebagai pembandu peribadinya (PA). Husna sebagai pembantu dalam urusan kerja dan juga berperanan untuk membantunya mengenali calon-calon isteri.

Setiap tindakan Tuan Ash ketika berurusan dengan calon kekasihnya dijalankan melalui nasihat dan cadangan yang diberikan oleh Husna.

Namun, Tuan Ash juga seorang bos yang mementingkan kesempurnaan dan meletakkan kepercayaan penuh pada Husna tidak kira urusan rasmi atau peribadi.

Oleh yang demikian, Husna terlalu sibuk dengan kerjayanya sehingga dia langsung tidak mempunyai masa langsung untuk dirinya sendiri.

Konflik memuncak apabila Husna meletakkan jawatan sebelum Tuan Ash mencapai sasarannya untuk berkahwin. Keputusan itu dibuat kerana terlalu fokus kepada kerjanya sehingga menyisihkan kekasihnya, Sam (Alvin Chong).

Mampukah Tuan Ash mencari pasangan hidupnya tanpa bantuan Husna? Adakah Husna dapat mengejar cintanya kembali?

Cara Tonton Drama Cik PA Tuan Ash

Sebenarnya ketika tayangan di TV3, anda juga boleh saksikan drama tersebut secara online menerusi live Tv di Tonton. Tetapi sekiranya anda terlepas, masih boleh saksikan secara on demand selepas habis tayangan di tv.

Cara Tonton Drama Cik PA Tuan Ash Full Episod Secara Online Di Tonton

Jadi untuk anda yang ingin menonton full episod drama Cik PA Tuan Ash selepas ini, hanya perlu pergi ke platform penstriman www.tonton.com.my atau menggunakan aplikasi Tonton. Boleh tengok semua episod secara online dan secara percuma.

Post a Comment

Previous Post Next Post