Siaran Langsung Liga Super 2023 Sabah vs Sri Pahang Live Streaming

Siaran Langsung Liga Super 2023 Sabah vs Sri Pahang Live Streaming

Kehangatan saingan Liga Super 2023 minggu ketujuh belas untuk hari kedua diteruskan lagi dengan tiga lagi perlawanan yang bakal berlangsung dan daripadanya adalah pertemuan antara Sabah FC vs Sri Pahang FC.

Pertembungan untuk kedua-dua pasukan ini akan berlangsung pada 15 Julai 2023, hari Sabtu dimana ianya akan diadakan di Stadium Likas di Kota Kinabalu. Kini giliran orang-orang Sabah pula untuk menjadi penyokong tuan rumah.

Sebelum ini, Sabah dan Sri Pahang telah pun bertemu buat kali pertama di musim 2023, dimana ketika itu Stadium Darul Makmur di Kuantan menjadi medannya. Pertemuan tersebut adalah dalam saingan liga untuk pusingan pertama pada bulan Mac di minggu keempat.

Dalam perlawanan tersebut, masing-masing menunjukkan kehandalan bermain bola sepak. Dengan kehebatan tersebutlah, kedua-dua pasukan akhirnya akur apabila hanya sekadar meraih keputusan seri sahaja dengan jaringan 1-1.

Ini pastinya boleh menjadi 'match of the week' pada minggu ini. Kedua-dua pasukan ini berada di kedudukan atas liga. Sabah berada di tangga kelima dengan 30 mata, manakala Sri Pahang di tangga ketiga dengan 34 mata.

Sabah

Jika dilihat daripada prestasi semasa untuk lima perlawanan terakhir, Sabah hanya pernah tewas dua kali sahaja dan selebihnya menang dengan membawa pulang tiga mata. Keputusan yang baik untuk dibawa ke perlawanan seterusnya.

Bukan itu sahaja, Sabah juga telah menang dua kali berturut-turut dalam dua perlawanan terakhir mereka. Ini juga satu petanda yang baik dan pastinya momentum tersebut akan dibawa ke perlawanan untuk menentang Sri Pahang.

Sri Pahang

Pasukan yang berpengkalan di Kuantan ini juga sebenarnya mempunyai keputusan dan prestasi yang baik dalam lima perlawanan terakhir jika dibandingkan dengan Sabah. Mereka juga tewas dua kali dan menang sebanyak tiga kali.

Tetapi keyakinan mereka pastinya lebih berbanding Sabah. Mereka telah meraih keputusan menang sebanyak tiga kali berturut-turut dalam perlawanan terakhir sebelum ini. Momentum tersebut juga pastinya akan dibawa bersama ketika terbang ke negeri Di Bawah Bayu.

Ingat, kini perlawanan akan berlangsung di Sabah dan mereka akan menjadi tuan rumah. Sedikit sebanyak akan memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah. Penyokong perlu datang beramai-ramai ke stadium untuk berikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Sabah vs Sri Pahang Di Liga Super 2023

Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh tonton atau saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Selain itu, sebagai atlernatif kepada Astro, anda boleh saksikan secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka atau di laman web sooka.my. Hanya perlu langgan pas satu perlawanan berharga RM7.90 atau secara bulanan berharga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Sabah vs Sri Pahang

Jangan terlepas untuk menyaksikan aksi Liga Super 2023 LS17 antara Sabah FC menentang Sri Pahang FC pada hari Sabtu ini, 15 Julai 2023, jam 8.15 malam bertempat di Stadium Likasi atau live di Astro.

15 Julai 2023 (Sabtu)

FT : Sabah (4) - (0) Sri Pahang

  • Darren Lok 8', 65'
  • Roman Machado 44'
  • Stuart Wilkin 69'

Waktu : 8.15 Malam
Venue : Stadium Likas
Tayangan : Stadium Likas
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Post a Comment

Previous Post Next Post