Siaran Langsung Liga Super 2023 PDRM vs Terengganu Live Streaming

Siaran Langsung Liga Super 2023 PDRM vs Terengganu Live Streaming

Kini tiba hari terakhir iaitu hari ketiga untuk minggu ketujuh belas bagi saingan Liga Super 2023. Terdapat dua perlawanan berbaki pada hari ini dan salah satunya adalah pertemuan antara PDRM FC vs Terengganu FC.

Untuk pertemuan kedua-dua pasukan ini, ianya akan berlangsung pada 16 Julai 2023, hari Ahad dimana ianya akan diadakan di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya. Kini giliran orang-orang Lembah Klang pula menjadi penyokong tuan rumah.

Sebelum ini, PDRM dan Terengganu telah pun bertemu untuk pada pertama dalam tahun 2023 dimana ketika itu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menjadi medannya. Pertemuan tersebut adalah dalam saingan liga juga iaitu pada pusingan pertama bulan Mac untuk minggu keempat.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan tuan rumah tidak mensia-siakan peluang bermain di tempat sendiri apabila berjaya menewaskan PDRM dengan hanya jaringan 1 gol sahaja. Walaupun sebelum itu, mereka berjaya menumbangkan Kedah di Darul Aman.

PDRM

Sebuah pasukan underdog yang kini berjaya menempatkan diri dikalangan pasukan-pasukan regular Liga Super berbanding teman-temannya yang lain dari Liga Perdana sebelum ini. Sudah banyak pasukan gergasi yang berjaya ditumbangkan oleh PDRM.

Jika dilihat lima perlawanan terakhir mereka juga, amat mengkagumkan apabila telah menang empat perlawanan dan hanya tewas sekali sahaja. Dengan keputusan tersebut, PDRM kini berada di tangga ke-8 liga dengan mengumpul sebanyak 22 mata.

Terengganu

Jika diukur prestasi lima perlawanan terakhir, Terengganu sedikit terkebelakang. Dalam tempoh tersebut, mereka hanya berjaya menang 3 kali sahaja dan tewas serta seri masing-masing sekali. Tambahan pula, mereka baru seri pada minggu lalu. Sedikit sebanyak mengoyahkan pasukan.

Secara keseluruhan sehingga enam belas perlawanan, Terengganu kini berada di tangga ke-6 liga dan sudah mengumpul sebanyak 24 mata. Jika Terengganu tewas, mereka akan turut ke tangga ketujuh atau lebih buruk.

Siaran Langsung Dan Live Streaming PDRM vs Terengganu Di Liga Super 2023

Untuk yang tidak berkesempatan hadir ke stadium yang berada di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung yang dibawakan menerusi saluran Astro Arena 803 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, bagi anda yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka atau di laman web sooka.my. Hanya perlu langgan Pas Satu Perlawanan berharga RM7.90 atau Pas Bulanan dengan harga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 PDRM vs Terengganu

Jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Liga Super 2023 LS17 antara PDRM FC menentang Terengganu FC pada hari Ahad ini, 16 Julai 2023, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya atau live di Astro.

16 Julai 2023 (Ahad)

FT : PDRM (0) - (0) Terengganu

Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Post a Comment

Previous Post Next Post