Siaran Langsung Liga Super 2023 Penang vs Sabah Live Streaming

Siaran Langsung Liga Super 2023 Penang vs Sabah Live Streaming

Tiba untuk hari terakhir saingan Liga Super 2023 untuk minggu kelapan belas. Ada dua perlawanan dan salah satu daripadanya adalah pertemuan antara Penang FC vs Sabah FC.

Perlawanan ini berlangsung pada hujung minggu ini, 30 Julai 2023, hari Ahad yang mana ianya akan diadakan di Stadium Bandaraya di Pulau Pinang.

Ini merupakan pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan untuk musim 2023. Kali pertama bertemu dalam saingan liga pada Mac yang lalu di minggu kelimat (LS5).

Sebuah perlawanan yang menarik dipamerkan daripada kedua-dua pasukan. Tetapi ianya berpihak kepada pasukan tuan rumah, Sabah apabila berjaya mengalahkan Penang dengan jaringan 5-2.

Penang Cuba Mengintai Mata Maksimum

Penang pastinya inginkan 3 mata ketika bertemu Sabah nanti. Kelebihan yang diperolehi apabila bermain di tempat sendiri yang pastinya akan dipergunakan sebaik mungkin.

Walaupun sebelum ini telah tewas, tetapi Penang pernah menang pada minggu sebelumnya. Mungkin ada sikit saki baki semangat tersebut akan digunakan ketika bertemu Sabah nanti.

Penang kini berada di tangga ke-9 dengan 19 mata iaitu berkongsi mata dengan Negeri Sembilan. Ini pastinya tidak digemari oleh skuad Harimau Kumbang apabila tewas dan terpaksa turun kedudukan.

Sabah Pasti Akan Bangkit Dari Perlawanan Sebelum Ini

Dalam empat perlawanan terakhir Sabah, mereka hanya tewas sekali sahaja iaitu pada minggu sudah. Sebaliknya, tiga perlawanan lain mereka menang bergaya kepada setiap pasukan lawan.

Mereka pastinya inginkan rentak kemenangan tersebut kembali ketika bertemu Penang nanti. Kekalahan lalu pastinya dilupakan bagi memberikan aksi terbaik untuk perlawanan ini.

Penang ada kelebihan bermain di tempat sendiri bersama sokongan daripada penyokong yang hadir. Sabah pula merupakan sebuah pasukan yang baik jika dibandingkan dengan persembahan semasa termasukkan kedudukan liga.

Pasukan manakah agaknya yang berjaya pulang dengan 3 mata kali ini?

Siaran Langsung Dan Live Streaming Penang vs Sabah Liga Super 2023

Untuk yang tidak hadir ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM serta tontonan secara online di RTM Klik.

Selain itu, anda juga boleh gunakan aplikasi Sooka untuk menonton secara live streaming. Tidak perlu apa-apa langganan dan anda boleh strim secara percuma.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Penang vs Sabah

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS18 anatara Penang FC vs Sabah FC pada Ahad ini, pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Bandaraya atau di live di RTM

30 Julai 2023 (Ahad)

FT : Penang (1) - (2) Sabah

  • Irfan Fazail 9'
  • Ramon Machado 45+2'
  • Alif Ikmalrizal Anuar 76'

Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium Bandaraya
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post