TV3 Tayangan Kembali Pa'e Pada Sabtu, 29 Julai Ini

TV3 Tayangan Kembali Pa'e Pada Sabtu, 29 Julai Ini

Berita baik untuk semua peminat drama dan telefilem melayu apabila Pa'e akan ditayangkan semula pada hari Sabtu ini, 29 Julai 2023 menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 dan secara striming di www.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah menjadi bualan ramai pada tahun terbitanya 1997 yang lalu, kini kembali selapas 25 tahun. Jadi anda boleh tonton semula bersama keluarga

Ianya kembali menjadi sebutan orang ramai selepas salah seorang pelakonnya iaitu Bell Ngasri dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian di ABPBH Ke-35 untuk tahun 2023.

Bell Ngasri memegang watak Ajoy dalam telefilem arahan Saian Salimon tersebut bersama pelakon utama Shaheizy Sam sebagai Pa'e yang sangat memberi kesan mendalam kepada penonton.

Telefilem ini juga antara lakonan terawal daripada pelakon popular Shaheizy Sam iaitu semasa berumur 15 tahun. Selain itu, terdapat juga pelakon Harun Hashim, Nasir Bilal Khan, Rose Iskandar, alahyarham Latiff Borgiba dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Pa'e

Drama Pa'e mengisahkan seorang pelajar miskin bernama Pa'e yang tinggal bersama ayahnya yang sudah tua tetapi berusaha gigih dalam pelajaran.

Pa'e sangat disayangi oleh guru kelasnya kerana keluhuran budi dan kegigihannya semasa belajar. Namun malangnya, keakraban mereka telah menimbulkan rasa iri hati oleh pelajar lain sehingga menimbulkan pelbagai fitnah. 

Antara pelajar yang sering dengki serta selalu menimbulkan fitnah kepada Pa'e ialah Ajoy. Sifat iri hati tersebut telah bertukar kepada trajedi. Apakah kesudahannya?

TV3 Tayangan Kembali Telefilem Pa'e Pada Sabtu, 29 Julai Ini

Tonton Telefilem Pa'e Di TV3

Jadi jangan lupa untuk saksikan semula telefilem Pa'e yang akan ditayangkan pada 29 Julai 2023, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3.

Post a Comment

Previous Post Next Post