Cara Tonton Drama Bukan Cinta Sempurna Full Episod Secara Online

Tonton Drama Bukan Cinta Sempurna Full Episod Secara Online

Mungkin ada antara anda yang tidak berkesempatan untuk menonton drama terbaru Bukan Cinta Sempurna yang ditayangkan di Astro Ria.

Tapi jangan risau, kerana selain tayangan di platform Astro, drama ini juga turut disediakan full episod di platform penstriman Sooka.

Drama ini telah mula ditayangkan pada 31 Julai 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 6.00 petang. Jadi selepas habis tayangan di tv, anda boleh tonton di Sooka.

Untuk info, drama 50 episod, Bukan Cinta Sempurna merupakan drama terbitan Global Station Sdn. Bhd., dan diarahkan oleh Azri Izhar

Sinopsis Drama Bukan Cinta Sempurna

Drama Bukan Cinta Sempurna mengisahkan tentang Qistina iaitu seorang gadis daripada keluarga miskin yang bekerja di ladang milik keluarga Luqman bersama ayahnya, Tuan Budi.

Dia berhadapan dengan pelbagai cabaran bersama ibunya setelah dia jatuh cinta dengan Luqman. Namun percintaan mereka dipenuhi onak duri lantaran kematian Tuan Budi apabila hubungan mereka dihujani fitnah.

Nasib Qistina menjadi lebih tragis apabila dia ditinggalkan dalam keadaan hamil oleh Luqman yang sudah terkesan dengan fitnah, memaksa Qistina untuk keluar dan membina kehidupan sendiri.

Tonton Drama Bukan Cinta Sempurna Full Episod Secara Online

Cara Tonton Bukan Cinta Sempurna Secara Online

Jadi untuk menonton drama Bukan Cinta Sempurna secara online, anda boleh pergi ke laman web sooka.my atau aplikasi Sooka dan melanggan pakej Entertainment dengan harga serendah RM15.90 sebulan.

Kemudian anda boleh tonton drama ini juga secara On Demand berama kandungan hiburan lain yang disediakan di platform Sooka.

Post a Comment

Previous Post Next Post