Siaran Langsung Liga Super 2023 Kuching City vs Kelantan Live Streaming

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kuching City vs Kelantan Live Streaming

Mungkin minggu ini kita sebagai penonton akan fokus kepada final Piala FA, tetapi dalam masa yang sama akan berlangsung dua perlawanan Liga Super 2023 dan antaranya adalah pertemuan Kuching City FC vs Kelantan FC.

Perlawanan ini akan berlangsung pada 21 Julai 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Negeri, Kuching Sarawak.

Pada hujung minggu ini, sebenarnya tiada berlangsung aksi untuk saingan liga, tetapi ada beberapa perubahan sebelum ini yang mana ianya terpaksa dijadualkan semula. Tetapi hanya melibatkan 4 pasukan untuk 2 perlawanan.

Untuk Kuching City dan Kelantan, perlawanan sepatutnya berlangsung pada minggu keempat belas (LS14), tetapi terpaksa di tunda ketika itu dan dianjak kehadapan dan seterusnya berlangsung dalam minggu ini.

Manakala untuk satu lagi perlawanan iaitu pertemuan antara Selangor dan Sabah sepatutnya dijadualkan akan berlangsung pada Oktober depan ketika minggu kedua puluh tiga (LS23), tetapi atas persetujuan bersama, ianya dibawa ke tarikh baru iaitu 23 Julai 2023.

Kuching City

Ini lah perlawanan yang ditunggu-tunggu dimana mempertemukan dua pasukan bawahan dengan gelaran 'clash botton of the league'. Kuching City kini berada di tangga ke-13 liga, manakala Kelantan di tangga ke-14 iaitu terakhir liga.

Jika dilihat daripada prestasi terakhir mereka, daripada 5 perlawanan, mereka hanya mampu seri 2 kali dan tewas 3 kali. Bukanlah yang terbaik jika dibandingkan dengan pasukan lain, tetapi lebih baik daripada Kelantan.

Kelantan

Setakat 16 perlawanan, mereka hanya mampu untuk menang sekali dan seri sekali. Dengan itu, mereka hanya mengumpul 4 mata sahaja sehingga kini berbanding Kuching City dengan 6 mata.

Kini menjadikan antara pasukan yang mempunyai jumlah mata bawah 10 selain daripada Kuching City sendiri dan Kelantan United. Ini pastinya kesempatan untuk terbaik untuk kedua-dua pasukan bagi mendapatkan mata maksimum.

Kali terakhir mereka bertemu adalah pada bulan Februari yang lalu pada minggu pertama dan pembukaan sainga liga (LS1). Ketika itulah, Kuching City berjaya mendapatkan kemenangan sulung ketika menentang Kelantan dengan jaringan 2-1.

Ketika itu bermain di tempat lawan pun, Kuching City mampu untuk menewaskan pasukan tuan rumah. Kali ini mereka pula akan melayan kunjungan Kelantan. Jika dilihat di atas kertas, perlawanan ini pastinya memihak kepada Kuching City.

Siaran Langsun Dan Live Streaming Kuching City vs Kelantan Liga Super 2023

Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan ini, jangan risau. Ianya akan dibawa secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, bagi anda yang tiada akses astro, boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka atau di laamn web sooka.my. Hanya perlu langgan Pas Satu Perlawanan berharga RM7.90 atau Pas Bulanan dengan harga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Kuching City vs Kelantan

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS14 antara Kuching City FC menentang Kelantan FC pada hari Jumaat ini, 21 Julai 2023, jam 8.15 malam bertempat di Stadium Negeri atau live di Astro.

21 Julai 2023 (Jumaat)

FT : Kuching City (2) - (2) Kelantan

  • Hafizan Ghazali 4'
  • Abu Kamara 58', 68' (P)
  • Natanael Siringo Ringo 79'

Waktu : 8.15 Malam
Venue : Stadium Negeri
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Post a Comment

Previous Post Next Post