Contoh Senarai Pantun Tahun Baru Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H/2023

Contoh Senarai Pantun Tahun Baru Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H/2023

Selain ucapan dan mesej dalam bentuk ungkapan, untuk lebih unik, anda boleh gunakan ucapan dalam bentuk pantun juga sempena Tahun Baru Hijrah 1445H atau awal Muharram kali ini. Pastinya nampak lebih menarik.

Tahun Baru Islam adalah permulaan kepada kalendar Hijrah yang biasanya digunakan oleh umat Islam bagi menentukan hari dan tarikh-tarikh yang penting seperti bulan Ramadan, Hari Raya Aidilftiri dan Aidiladha serta banyak lagi.

Jadi untuk umat Islam, tibanya awal Muharram kali ini, ianya menandakan kita sudah memasuki tahun baru. Selain daripada ibadah khusus, kita boleh juga memeriahkan dengan ucapan-ucapan yang boleh kita boleh kongsikan.

Untuk lebih menarik, selain daripada ucapan biasa, kita boleh lontarkan atau kongsikan ucapan dalam bentuk pantun. Nampak lebih ceria, menarik, unik dan pastinya lebih ramai yang ingin dapatkan dan kongsikan.

Tarikh Tahun Baru Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H/2023

Kalendar Islam pastinya berbeza tempohnya berbandin Kalendar Masihi yang biasa digunakan seluruh dunia termasuk Malaysia. Kalendar Islam berpandukan revolusi bulan, manakala Kalendar Masihi adalah berdasarkan pengiraan.

Untuk tahun baru ini dengan tema 'Perpaduan Teras Malaysia Madani', Kalendar Islam telah memasuki tahun 1445H. Jadi di Malaysia, 1 Muharram 1445H adalah jatuh pada 19 Julai 2023 (Rabu). Ianya juga menandakan awal muharram dan sudah memasuki tahun baru.

Senarai Contoh Pantun Tahun Baru Hijrah Dan Awal Muharram 1445H Bersamaan Tahun 2023

Berikut merupakan antara contoh pantun-pantun yang menarik anda boleh gunakan sempena Tahun Baru Hijrah dan awal Muharram pada kali ini iaitu bersamaan 1445H/2023.

1)  Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H

Awal Muharam menjelma lagi,

Mengatur azam di tahun baru,

Panjang umur murah rezeki,

Moga sihat ceria selalu.

2)  Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H

Dari Mekah ke Kota Madinah,

Umat Islam melakar penghijrahan,

Hijrah lambang perpaduan ummah,

Bersatu hati membentuk perpaduan

3)  Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H

Hijrah itu bukan pelarian,

Tetapi tuntutan dari tuhan,

Sama-sama tingkatkan amalan,

Agar hidup sentiasa aman.

4)  Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H

Tekun mencabut kayu gaharu,

Elak geruh daripada benih,

Selamat menyambut tahun baharu,

Buang yang keruh ambil yang jernih.

5)  Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H

Memburu rusa di dalam rimba,

Rehat sebentar di Poko Sena,

Awal Muharram telah tiba,

Moga hijrah lebih bermakna.

6)  Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H

Angin meredah bertemu awan,

Pangkal jeram berkabut pagi,

Salam Maal Hijrah untukmu kawan,

Semoga istiqamah membaiki diri.

7)  Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H

Mendayung sampan hingga ke kuala,

Jangan lewat bila pulangnya,

Allah dan Rasul tujuan utama,

Moga hijrah lebih bermakna.

8)  Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H

Angin meredah bertemu awan,

Pangkal jeram berkabut pagi,

Maal Hijrah titik permulaan,

Mari kenang kembali penghijrahan Nabi.

9) Pantun Awal Muharram 1445H

Perkara yang baik jadi amalan,

Ajaran Islam penuh kesempurnaan,

Jagalah aurat jagalah iman,

Semoga Maal Hijrah membawa perubahan.

10) Pantun Awal Muharram 1445H

Berhati-hati menunggang kanggaru,

Kalau terjatuh luka berdarah,

Selamat menyambut tahun baru,

Mari berhijrah di Maal Hijrah.

11) Pantun Awal Muharram 1445H

Tepung yang baik kerana ragi,

Suhu keliling juga penentu,

Tahun Baru Hijrah datang lagi,

Sikap yang lepas masih terbuntu.

12) Pantun Awal Muharram 1445H

Roti sedap tertinggal seredak,

Kerana dicicah dengan kari,

Azam yang lepas tercapai tidak?

Yang tahu hanya diri sendiri.

13 Pantun Awal Muharram 1445H

Solat lima waktu amalan kita,

Menjaga aurat jangan dilupa,

Maal Hijrah penuh bermakna,

Membawa perubahan kepada semua.

14) Pantun Awal Muharram 1445H

Jauhkan diri dari Riba,

Doakan rezeki semakin mencurah,

Awal Muharram kini tiba,

Tahun baru kalendar Hijrah.

15) Pantun Awal Muharram 1445H

Salam Maal Hijrah bua semua,

Semoga ia membawa perubahan,

Tegur-menegur sesama kita,

Mana yang salah moga dibetulkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post