Siaran Langsung Liga Super 2023 Kuching City vs Kedah Live Streaming

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kuching City vs Kedah Live Streaming

Untuk hari kedua minggu kelapan belas aksi Liga Super 2023, akan berlangsung tiga lagi perlawanan dan antaranya adalah pertemuan Kuching City FC vs Kedah Darul Aman FC.

Untuk perlawanan kedua-dua pasukan ini, ianya akan berlangsung pada 29 Julai 2023, hari Sabtu dimana ianya akan diadakan di Stadium Negeri di Kuching. Kini giliran untuk penyokong Kuching City menjadi tuan rumah.

Sebelum ini, Kuching City dan Kedah telah pun bertemu untuk kali pertama dalam musim 2023 yang mana ketika itu bermain di Darul Aman. Pertemuan tersebut adalah ketika saingan liga pada Mac yang lalu untuk LS5.

Dalam pertemuan tersebut, pasukan tuan rumah, Kedah tidak menerima sebarang masalah besar apabila berjay menewaskan pasukan pelawat ketika itu, Kuching City dengan jaringan 3-0. Kini mereka bertemu di tempat yang berbeza pula

Kuching City Masih Mencari Kemenangan

Pada minggu lalu, Kuching City hampir berjaya mencapai kemenangan kedua untuk musim kali ini ketika bertemu pasukan tercorot, Kelantan.

Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka meskipun bermain di tempat sendiri apabila hanya berjaya mencatatkan keputusan seri 2-2 dalam tempoh 90 minit.

Dengan itu, mereka masih berada di kedudukan yang sama iaitu di tempat-12 dengan hanya berjaya mengumpul satu digit sahaja iaitu 7 mata.

Kedah Mungkin Tidak Berdepan Dengan Masalah

Berbeza dengan Kedah, dimana dalam lima perlawanan terakhir mereka, telah pun menang empat daripadanya. Tambahan pula mereka telah meraih dua kemenangan berturut-turut sebelum ini.

Jika dibuat perbandingan terutamanya dalam kedudukan carta. Kuching berada di tangga ketiga tercorot, manakala Kedah berada di tangga ke-3 teratas.

Adakah Kuching City mampu memanfaat peluang bermain di tempat sendiri? Atau Kedah akan teruskan rentak kemenangan untuk ketiga kali?

Siaran Langsung Dan Live Streaming Kuching City vs Kedah Liga Super 2023

Penyokong setia pastinya hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan ini. Tapi untuk yang tidak berkesempatan, anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau tontonan secara online di Astro Go.

Selain itu, anda boleh juga saksikan perlawanan ini secara live streaming menggunakan aplikasi Sooka. hanya perlu langgan Pas Satu Perlawanan dengan harga RM7.90 atau secara bulanan berharga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Kuching City vs Kedah

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS18 antara Kuching City vs Kedah pada Sabtu ini, jam 8.15 malam bertempat di Stadium Negeri atau live di Astro.

29 Julai 2023 (Sabtu)

FT : Kuching City (0) - (1) Kedah

  • Ifedayo Omosuyl 39'

Waktu : 8.15 Malam
Venue : Stadium Negeri
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Post a Comment

Previous Post Next Post