Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Selangor Live Streaming

Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Selangor Live Streaming

Kini yang ditunggu-tunggu telah tiba apabila bakal mempertemukan dua buah pasukan terhebat Liga Super 2023 iaitu melibatkan Johor Darul Ta'zim FC vs Selangor FC.

Perlawanan ini berlangsung pada hari kedua, minggu kelapan belas iaitu 29 Julai 2023, hari Sabtu yang akan diadakan di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.

Ini merupakan pertemuan kali kali ketiga untuk kedua-dua pasukan. Kali pertama dalam saingan liga pada bulan Mac yang lalu dan pertembungan kali kedua adalah dalam saingan Piala FA di pusingan separuh akhir.

Walaubagaimanapun, kedua-dua perlawanan tersebut dimenangan oleh JDT dengan jaringan yang sama iaitu 4 gol kosong. Dalam saingan liga sebelum ini bermain di Petaling Jaya dan kini giliran SSI menjadi medan pertempuran.

Selangor Bermain Tanpa Faisal Halim

Selangor kini berada di landasan yang baik apabila telah menang dua perlawanan berturut-turut sebelum ini. Momentum tersebut pastinya akan diteruskan untuk perlawanan kali ini.

Walaubagaimanapun, Selangor terpaksa akur dengan keputusan daripada FAM apabila penyerang dan tonggak utama mereka, Faisal Abdul Halim digangtung perlawanan selama 4 bulan bermula pada perlawanan ini.

Tidak boleh tidak, Selangor perlu meneruskan cabaran ini untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, sekurang-kurangnya terus berada di kedudukan kedua liga bagi melayakkan diri ke Asia.

JDT Terus Mara Tanpa Keciciran Mata

Sebuah pasukan yang sepertinya tidak ada cacat cela untuk musim kali ini. Dalam 17 perlawanan liga, mereka masih belum tewas mahupun seri dengan mana-mana pasukan.

Bukan itu sahaja, mereka menjadi antara pasukan yang bolos paling sedikit iaitu 3 gol sahaja. Sebaliknya telah menjaringkan hampir 70 gol.

Tambahan pula, JDT baru sahaja memenangi Piala FA 2023 pada minggu lalu dan itu pastinya menjadi tonik tambahan untuk terus memberikan aksi yang terbaik.

Lagi pula, mereka akan bermain di tempat sendiri. Padang sendiri dan dihadapan penyokong mereka sendiri. Terus elak daripada ditewaskan.

Siaran Langsung Dan Live Streaming JDT vs Selangor Liga Super 2023

Perlawanan pertama, stadium full house dan kali ini pastinya stadium sekali lagi akan full house dengan penyokong tuan rumah termasuk daripada penyokong pelawat.

Tapi untuk yang tidak dapat hadir ke stadium, jangan risau. Anda boleh saksikan perlawanan secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM serta tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Seperti biasa, anda juga boleh tonton live streaming secara percuma dengan menggunakan aplikasi Sooka jika ianya ditayangkan di saluran RTM.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 JDT vs Selangor

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS18 antara Johor Darul Ta'zim FC vs Selangor FC pada Sabtu ini, pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail atau live di RTM.

29 Julai 2023 (Sabtu)

FT : JDT (2) - (0) Selangor

  • Heberty 79'
  • Bergson da Silva 90+3' (P)

Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Post a Comment

Previous Post Next Post