Sinopsis Dan Tayangan Filem Sumpahan Jerunei Di Pawagam Mulai 27 Julai 2023

Filem Sumpahan Jerunei di pawagam

Sebuah filem seram Malaysia iaitu Sumpahan Jerunei akan menemui anda di pawagam seluruh Malaysia mulai 27 Julai 2023 bersamaan pada hari Khamis sehingga seterusnya.

Filem ini diilhamkan daripada kisah benar iaitu berkisarkan tentang adat bersejarah pengebumian bangsawan Malanau di Sarawak.

Sumpahan Jerunei diterbitkan bersama oleh Produk Seni 2023 dan Primeworks Studio. Ianya merupakan hasil daripada pengarah Jason Chong yang juga penulis skrip untuk filem ini bersama Sky Khor, Sofia. Rhyland dan Wendy Wong.

Tajuk Filem : Sumpahan Jerunei

Genre : Seram

Tayangan : 27 Julai 2023 (Khamis)

Pengarah : Jason Chong

Penulis Skrip : Jason Chong, Sky Khir, Sofia. Rhyland dan Wendy Wong

Produksi : Produk Seni 2023 dan Primeworks Studios

Filem Sumpahan Jerunei di pawagam

Sinopsis Filem Sumpahan Jerunei

Filem Sumpahan Jerunei mengisahkan tentang di kematian bangsawan Melanau purba atau ketua kampung di Sarawak yang dihormati oleh tiang kubur yang dipanggil Jerunei.

Apabila profesor arkeologi, Dr. Sani menyedari bekas isterinya hilang dalam ekspedisi untuk memeriksa Jerunei yang misteri dia berlepas ke Sarawak untuk mencarinya.

Dr. Sani disertai oleh Arjuna yang juga bekas pelajarnya, Bee dan seorang pegawai pemeliharaan warisan iaitu Hana dan seorang jurukamera, Tommy.

Semasa mereka menyisir hutan untuk mendapatkan jawapan, setiap ahli mengalami kejadian halusinasi, sakit yang luar biasa dan ada juga yang mendapati diri mereka terjaga di tempat yang menakutkan.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila jasad salah seorang daripada mereka diambil alih oleh roh yang telah dikorbankan di sebuah Jerunei.

Barisan Pelakon Dan Watak Lakonan

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem Sumpahan Jerunei ialah Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Daiyan Trisha, Tony Eusoff, Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.

  • Bront Palarae sebagai Dr. Sani
  • Uqasha Senrose sebagia Bee
  • Syafie Naswip sebagai Arjuna
  • Amerul Affendi sebagai Tommy
  • Daiyan Trisha sebagai Hana
  • Tony Eusoff sebagai Madui
  • Ruminah Sidek sebagai Nula
  • Yuyun Hikmah sebagai Matalau

Tayangan Filem Sumpahan Jerunei Di Pawagam

Jadi apa tunggu lagi, beli tiket bagi menyaksikan filem Sumpahan Jerunei mulai 27 Julai ini di pawagam berhampiran anda.

Filem Sumpahan Jerunei di pawagam

Post a Comment

Previous Post Next Post