Siaran Langsung Liga Super 2023 Kelantan vs JDT Live Streaming

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kelantan vs JDT Live Streaming

Kehangantan Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu ketujuh belas dengan melibatkan kesemua 14 pasukan dalam 7 perlawanan dan antara perlawanan yang berlangsung adalah mempertemukan Kelantan FC vs Johor Darul Ta'zim FC.

Untuk pertemuan kedua-dua pasukan ini, ianya akan berlangsung pada 14 Julai 2023, hari Jumaat dimana akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu. Kini giliran orang-orang Kelantan pula untuk menjadi penyokong tuan rumah.

Sebelum ini, Kelantan dan JDT telah pun bertemu dimana ketika itu, Stadium Sultan Ismail menjadi medannya. Pertemuan tersebut adalah dalam saingan liga untuk pusingan pertama pada bulan Mac, minggu keempat yang lalu.

Dalam perlawanan tersebut kita telah menyaksikan buat kali pertama JDT bolos hasil daripada jaringan sepakan penalti daripada Leonardo Rolon. Walaubagaimanpun, ianya berkesudahan dengan kekalahan untuk pasukan Kelantan apabila dibelasah sehingga 5 gol berbalas 1.

Kelantan

Secara keseluruhan sehingga minggu kelima belas, Kelantan kini menduduki tangga tercorot dan hanya mengumpul 4 mata sahaja. Mereka juga telah menerima kekalahan terbanyak berbanding pasukan lain setakat ini iaitu 13 kali.

Tidak cukup dengan itu, Kelantan juga merupakan pasukan yang bolos paling banyak iaitu sebanyak 56 gol dalam tempoh 5 bulan sejak saingan liga bermula pada Februari yang lalu. Kali ini pula mereka akan bertemu pasukan yang mempunyai jaringan terbanyak, JDT.

Adakah mereka mampu untuk berhadapan sekali lagi dengan skuad Harimau Selatan yang kini nampaknya lebih ampuh berbanding di awal musim. Adakah juga Kelantan mampu sekali lagi untuk membolosi gawang JDT kali ini?

Johor Darul Ta'zim

Jika Kelantan tercorot, JDT adalah pasukan yang berada di puncak liga. Pertembungan antara dua darjat; satu berada di atas dan satu berada di bawah. Satu pasukan bolos paling banyak dan satu pasukan jaringan paling banyak.

Sekalis pandang, perlawanan ini pastinya memihak kepada Johor Darul Ta'zim dan pastinya tidak akan mempunyai masalah besar, meskipun bermain di tempat lawan iaitu kubu Kelantan FC di Kota Bharu. Tapi inilah bola sepak, semuanya tidak mustahil...

Siaran Langsung Dan Live Streaming Kelantan vs JDT Di Liga Super 2023

Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh tonton atau saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga secara online di Astro Go.

Selain itu, bagi anda yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh saksikan secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka atau di laman web sooka.my. Hanya perlu langgan pas satu perlawanan serendah RM7.90 atau secara bulanan dengan harga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Kelantan vs JDT

Jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Liga Super 2023 LS17 antara Kelantan FC menentang Johor Darul Ta'zim FC pada hari Jumaat ini, 14 Julai 2023, pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV atau live di Astro.

14 Julai 2023 (Jumaat)

FT : Kelantan (0) - (5) JDT

  • Fernando Forestieri 9', 60'
  • Oscar Arribas 23'
  • Bergson 64'
  • Akhyar Rashid 77'

Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Post a Comment

Previous Post Next Post