Jadual Kuliah Ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Julai 2023

Jadual Kuliah Ceramah Ustaz Azhar Idrus Julai 2023

Anda boleh ikuti ceramah dan kuliyah Ustaz Azhar Idrus secara langsung di lokasi masjid atau surau yang beliau hadiri seperti yang ditetapkan. UAI telah kongsikan jadual kuliah untuk bulan Julai 2023 dan anda boleh hadir ke sana.

Ustaz Azhar Idrus cukup terkenal dengan kaedah penyampaian ceramah atau kuliyah secara santai dan bersahaja. Selain menyampaikan ilmu agama, beliau juga sering selitkan lawak jenaka yang berilmu bagi menarik lebih ramai pendengar terutamanya golongan anak muda.

Kita semua sedia maklum, sekiranya Ustaz Azhar Idrus datang bagi memberi ceramah dan kuliyah pasti ramai juga yang memenuhi ruang masjid atau lokasi tersebut bagi mendengar ilmu yang disampaikan oleh beliau.

Ceramah Menarik Ustaz Azhar Idrus - DISINI

Jadi jika anda berkeinginan untuk datang dan dengar secara langsung, boleh datang ke mana-mana lokasi yang disenaraikan dibawah.

Jadual Ceramah Dan Kuliah Ustaz Azhar Idrus Julai 2023

Dengan adanya jadual bersama tarikh dan lokasi ceramah Ustaz Azhar Idrus, anda boleh bersiap untuk datang beramai-ramai dan mengambil masa sedikit untuk dengar ceramah yang kebiasaanya diadakan antara waktu Maghrib dan Isyak atau mungkin selepas Isyak.

Berikut merupakan senarai jadual waktu ceramah dan kuliyah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan Julai 2023:

  • 1 Julai (Sabtu) - Masjid Kg. Bukit Geting Pelong Setiu Terengganu
  • 2 Julai (Ahad) - Masjid Padang Hangus Tepoh Terengganu
  • 3 Julai (Isnin) - Masjid Taqwa Batu 6 Kuala Terengganu
  • 5 Julai (Rabu) - Masjid Lama Durian Burung Kuala Terengganu
  • 6 Julai (Khamis) - Surau Al-Hidayah Rumah Merah Bukit Kuang Kemaman
  • 8 Julai (Sabtu) - Masjid Daerah Seberang Prai Utara Air Tawar Butterworth
  • 9 Julai (Ahad) - Masjid Tuan Guru Tanjung Tokong Pulau Pinang
  • 11 Julai (Selasa) - Masjid Kg. Padang Mengkuang Bukit Payung Terengganu
  • 12 Julai (Rabu) - Surau Al-Hijrah Ulu Takir Kuala Terengganu
  • 13 Julai (Khamis) - Masjid Jame' Paka Terengganu
  • 14 Julai (Jumaat) - Surau Ladang Kuala Terengganu
  • 16 Julai (Ahad) - Masjid Saidina Othman Bin Affan Bandar Tun Razak Cheras Kuala Lumpur
  • 18 Julai (Selasa) - Masjid Bukit Gemuruh Jalan Sekayu Hulu Terengganu
  • 19 Julai (Rabu) - Masjid Al-Muhaimin Mukim Kok Lanas Ketereh Kelantan
  • 22 Julai (Sabtu) - Masjid Simpang 4 Cendering Kuala Terengganu
  • 23 Julai (Ahad) - Masjid Kg. Tembila Besut Terengganu
  • 25 Julai (Selasa) - Surau As-Solihin Taman Desa Padang Air Kuala Nerus Terengganu
  • 26 Julai (Rabu) - Masjid Balai Besar Kg. Balai Besar Dungun Terengganu
  • 27 Julai (Khamis) - Masjid Kg. Jerung Seberang Wakaf Tapai Terengganu
  • 31 Julai (Isnin) - Masjid Kg. Karak Setia Karak Pahang

Jadual Kuliah Ceramah Ustaz Azhar Idrus Julai 2023

Sekiranya anda ingin ikuti lebih rapat apa-apa aktiviti yang dilakukan oleh Ustaz Azhar Idrus, anda boleh ikuti laman facebook beliau di Ustaz Azhar Idrus Official.

Post a Comment

Previous Post Next Post