Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Negeri Sembilan Live Streaming

Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Negeri Sembilan Live Streaming

Kehangatan Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu keenam belas dan kini memasuki hari kedua dan antara perlawanan berlangsung untuk hari ini adalah pertemuan Johor Darul Ta'zim FC vs Negeri Sembilan FC.

Jika semalam, kita sudah saksikan dua perlawanan dan kedua-duanya berakhir dengan keputusan seri dan untuk pertemuan dua pasukan ini ianya akan berlangsung pada 8 Julai 2023, hari Sabtu dimana perlawanan akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Putri.

Ini merupakan pertemuan kedua untuk kedua-dua pasukan dalam musim 2023 dan kali pertama adalah di pusingan pertama liga dimana berlangsung pada minggu ketiga. Jika anda masih ingat, ianya merupakan jaringan terbesar yang dicatatkan untuk musim kali ini apabila JDT meledak sehingga 7 gol tanpa balas.

Johor Darul Ta'zim

Sebuah pasukan yang kita boleh simpulkan sudah berada di level atau tahap yang tinggi jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan lain dan itulah pasukan JDT. Ianya seakan lagi kuat berbanding musim sebelumnya walaupun saingan liga baru memasuki lebih separuh.

Manakan tidak, mereka sudah mencatatkan kemenangan lima belas berturut-turut tanpa keciciran mata; seri atau kalah. Bukan itu sahaja, dalam tempoh yang sama, mereka juga hanya bolos tiga gol sahaja termasuk juga dalam saingan Piala FA.

Pasukan-pasukan lain seakan tidak mampu untuk menandingi pasukan ini, hatta sangat sukar untuk menjaringkan gol. Jika pasukan lain tewas pun, pastinya mereka bolos dengan jaringan yang besar. Unstopable team in the league.

Negeri Sembilan

Negeri Sembilan sama seperti pasukan-pasukan lain yang menunjukkan sebuah pasukan bola sepak yang normal. Mereka juga tewas, menang dan seri apabila bertemu pasukan-pasukan lain kecuali JDT yang pastinya akan tewas.

Jika dilihat dalam lima perlawanan terakhir pula, pasukan ini hanya mampu untuk menang sekali sahaja dan meraih seri sebanyak tiga kali dan tewas sekali. Sepertinya mereka sudah lama tidak mengecapi dan meraih mata maksimum iaitu sejak Mei yang lalu.

Pada pusingan pertama, mereka bermain di halaman sendiri, mereka bolos tujuh gol. Kali ini akan bertandang ke kubu keramat JDT yang pastinya lebih sukar jika dibandingkan dengan bermain di tempat sendiri. Adakah mereka mampu untuk memberikan sesuatu pada malam ini?

Untuk penyokong pasukan Harimau Selatan, seperti biasa, datang dan penuhkan stadium pada malam ini bagi memberikan sorakan dan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Dapatkan tiket yang kini sudah boleh dibeli secara online.

Siaran Langsung JDT vs Negeri Sembilan Di Liga Super 2023

Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh tonton atau saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh secara online di Astro Go.

Selain itu, jika anda tiada akses kepada Astro, anda boleh saksikan secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka atau di laman web sooka.my. Harga langganan serendah RM7.90 untuk pas satu perlawanan atau terus langgan bulanan dengan harga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 JDT vs Negeri Sembilan

Jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Liga Super 2023 LS16 antara Johor Darul Ta'zim FC menentang Negeri Sembilan FC pada hari Sabtu ini, 8 Julai 2023, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail atau secara live di Astro.

8 Julai 2023 (Sabtu)

FT : JDT (2) - (0) Negeri Sembilan

  • Feroz Baharudin 21'
  • Leandro Velazquez 44'

Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Post a Comment

Previous Post Next Post