Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs KL City Live Streaming

Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs KL City Live Streaming

Aksi Liga Super 2023 diteruskan lagi dan masih dalam minggu kelima belas dan ada tiga lagi perlawanan yang akan berlangsung berlangsung, salah satunya adalah pertemua antara Johor Darul Ta'zim FC vs Kuala Lumpur City FC.

Kesemua perlawanan yang masih belum berlangsung ini adalah melibatkan pasukan yang bermain dalam aksi Piala FA 2023 untuk pusingan separuh akhir dimana ianya telah berlangsung pada 25 dan 26 Jun yang lalu termasuk melibatkan pasukan lawan.

Jika sebelum ini, empat pasukan yang bermain dalam saingan Piala FA iaitu JDT, Selangor, Kuala Lumpur dan Terengganu. Jadi pasukan-pasukan inilah yang akan bermain untuk minggu ini termasuk pasukan yang akan mereka tentang.

Johor Darul Ta'zim

Nampaknya kita akan dapat melihat pre-match final Piala FA 2023. Kita sedia maklum, final nanti akan mempertemukan JDT dan KL City. Tapi untuk minggu kali ini, kita sudah dapat melibatkan pertembungan dua pasukan ini terlebih dahulu dalam saingan Liga Super.

Tapi jika dilihat dalam pertemuan kali pertama dalam singan liga, ianya berkesudahan dengan kemenangan dipihak JDT dengan jaringan tiga gol kosong tanpa balas. Ianya berlangsung dalam pusingan pertama Liga Super 2023 pada Februari yang lalu.

Persembahan JDT untuk musim kali ini terlalu luar biasa. Jika dalam saingan Piala FA, mereka menang semua perlawanan tanpa bolos walaupun satu gol. Tapi dalam saingan Liga Super juga mereka menang semua perlawanan dan hanya bolos 2 gol sahaja.

Kuala Lumpur City

Adakah KL City dapat belajar sesuatu ketika pertemuan kali pertama di Cheras sebelum ini? Ataupun mimpi ngeri akan terus menghantui KL City bagi pertemuan kali kedua kali ini? Ini pula ditambah dengan persembahan yang kurang konsisten untuk pasukan tersebut.

Dalam lima perlawanan terakhir, mereka hanya menang dua kali sahaja dan seri dua kali serta tewas sekali. Itupun berselang-seli dengan keputusan seri dan menang. Mereka tidak mampu meraih kemenangan berganda sejak pada Mei yang lalu.

Jika dilihat dalam keadaan semasa, perlawanan ini pastinya memihak kepada JDT yang telah memberikan persembahan yang sangat baik serta konsistensi bagi setiap perlawanan. Ini ditambah pula mereka baik di stadium keramat di Iskandar Puteri.

Jadi jika anda inginkan berterusan dengan kemenangan, penyokong-penyokong JDT terutamanya perlu memenuhi stadium adap hari perlawanan. Tiket masuk kini sudah boleh mula dibeli secara online. Beli sebelum tiket habis dijual.

Siaran Langsung JDT vs KL City Di Liga Super 2023

Tapi untuk anda yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau. Anda masih boleh saksikan perlawanan ini secara langsung iaitu menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM. Untuk tontonan secara online digital, boleh pergi ke laman web RTM Klik di rtmklik.rtm.gov.my.

Selain itu, bagi yang sudah biasa dengan aplikasi Sooka, anda boleh gunakannya untuk menonton perlawanan ini secara live streaming. Tidak perlu kepada apa-apa langganan dan anda boleh tonton secara percuma.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 JDT vs KL City

Jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Liga Super 2023 LS15 antara Johor Darul Ta'zim FC menentang Kuala Lumpur City FC pada hari Isnin ini, 3 Julai 2023, pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail atau secara live di RTM.

2 Julai 2023 (Isnin)

FT : JDT (6) - (1) KL City

  • Diogo 12', 33', 44'
  • Arif Aiman Hanapi 13'
  • Matko Zirdum 54'
  • Safiq Rahim 86'
  • Akhyar Rashid 88'

Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Post a Comment

Previous Post Next Post