Siaran Langsung Liga Super 2023 Sri Pahang vs Selangor Live Streaming

Siaran Langsung Liga Super 2023 Sri Pahang vs Selangor Live Streaming

Hari ketiga diteruskan lagi dengan aksi Liga Super 2023 untuk minggu keenam belas ini dan antara perlawanan yang berlangsung pada hari hujung minggu ini adalah pertemuan antara Sri Pahang FC vs Selangor FC.

Perlawanan yang ditunggu-tunggu ini akan berlangsung pada 9 Julai 2023, hari Ahad dimana ianya akan diakan di Stadium Darul Makmur di Kuantan. Kini giliran orang-orang Kuantan pula untuk menjadi penyokong tuan rumah.

Ini merupakan pertemuan kali ketiga untuk kedua-dua pasukan. Kali pertama bertembung di pusingan pertama dalam saingan Liga yang mana berkesudahan dengan keputusan seri. Kali kedua pula bertemua dalam saingan Piala FA di pusingan kedua dimana Selangor menang keatas Sri Pahang dan berjaya ke Suku Akhir.

Sri Pahang

Selain JDT, Sri Pahang juga memiliki rekod kekalahan yang paling sedikit dalam saingan liga ketika ini iaitu hanya dua kali sahaja dalam 15 perlawanan. Kita sudah lihat sebelum ini, skuad Tok Gajah bergerak tanpa sebarang kekalahan sehinggalah bertemu dengan JDT. Rekod lebur ketika itu.

Tidak cukup dengan itu, kemudian sepertinya mereka belum mampu bangkit dan terima satu lagi kekalahan. Akhirnya, mereka sedar dan terus pandang ke hadapan apabila dua perlawanan terakhir, mereka menang kesemuanya.

Menang bukan dengan keputusan biasa-biasa, tetapi luar biasa. Ketika bertemu Negeri Sembilan, mereka bangkit setelah ketinggalan beberapa kali dan berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit akhir. Sebelum ini pula, mereka membelasah Kelantan FC dengan jaringan 5 gol tanpa balas.

Selangor

Tetapi Selangor juga bukan calang-calang pasukan untuk musim terbaru 2023. Kalau tidak masakan mereka kini berada di tempat kedua liga dan berjaya mara ke semi final Piala FA. Mereka juga hanya tewas tiga kali sahaja.

Untuk rekod, ianya seperti lebih baik. Dalam lima perlawanan terakhir untuk tempoh masa yang sama seperti Sri Pahang, mereka hanya tewas sekali sahaja. Selebihnya, empat perlawanan, mereka menang dan berjaya juga membelasah Kelantan United dengan jaringan 7-1.

Pertembungan ini pastinya sengit. Mempertemukan pasukan di tangga kedua dan tangga ketiga. Kedua-dua pasukan pastinya inginkan kemenangan dan peroleh tiga mata maksimum bagi memperkukuhkan kedudukan di tangga liga untuk melayakkan bermain di Asia.

Kini giliran penyokong Sri Pahang pula untuk penuhkan stadium keramat mereka di Kuantan. Jadi jangan lupa untuk datang dan dapatkan tiket yang sama ada boleh dibeli secara online atau beli tiket di kaunter stadium.

Siaran Langsung Sri Pahang vs Selangor Di Liga Super 2023

Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh tonton atau saksikan perlawnaan ini yang dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga secara online di Astro Go.

Selain itu, jika tiada akses kepada Astro, anda boleh saksikan secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka atau di laman web sooka. Harga langganan serendah RM7.90 untuk pas satu perlawanan atau terus langgan secara bulanan dengan harga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Sri Pahang vs Selangor

Jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Liga Super 2023 LS16 antara Sri Pahang FC menentang Selangor FC pada hari Ahad ini, 9 Julai 2023, pukul 5.15 petang bertempat di Stadium Darul Makmur atau secara live di Astro,

9 Julai 2023 (Ahad)

FT : Sri Pahang (1) - (0) Selangor

  • Kevin Ingreso 50'

Waktu : 5.15 Petang
Venue : Stadium Darul Makmur
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go | Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post