Koleksi Senarai Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Raya Aidiladha 2023

Koleksi Senarai Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Raya Aidiladha 2023

Kata-kata atau ucapan apakah yang ingin disampaikan sempena Hari Raya Aidiladha kali ini? Perkongsian yang menarik pastinya akan dikongsikan untuk keluarga dan kenalan sebagai pengganti diri terutamanya untuk yang berjauhan.

Hari Raya Aidiladha merupakan antara dua perayaan terbesar untuk umat Islam di seluruh dunia selain daripada Hari Raya Aidilfitri yang disambut setiap tahun. Ianya disambut pada 10 Zulhijjah dalam kalendar Islam setiap tahun.

Selain daripada Aidiladha, perayaan ini juga disebut dengan Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Jika Aidilftri sebelumnya ibadah puasa, tapi untuk Aidiladha melibatkan dua ibadah terpenting iaitu sembelihan binatang korban dan ibadah Haji di Mekah.

Jadi untuk tahun ini, di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun 2023 yang juga bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1444H. Mana yang tidak melakukan Haji, kita akan sambut Hari Raya ini dengan amalan-amalan sunnah seperti yang telah ditetapkan.

Untuk itu, sempena ketibaan Hari Raya Aidiladha ini, kita boleh juga kongsikan kata-kata dan ucapan selamat kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Ucapan ini bertujuan bagi memeriahkan lagi suasana hari raya seperti sambutan Aidilfitri.

Senarai Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha Tahun 2023

Berikut merupakan antara contoh ucapan serta ucapan pantun Selamat Hari Raya Aidiladha yang lebih unuk dan menarik dimana datang daripada pelbagai sumber. Anda boleh gunakan untuk kongsikan ucapan secara langsung atau boleh juga share di media sosial anda.

Semoga ucapan-ucapan ini memberikan perkara positif dan kegembiraan kepada semua orang yang menyambutnya pada tahun ini.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 1

Selamat Hari Raya Aidiladha 1444H

Sempena Hari Raya Aidiladha ini, marilah kita bersama-sama menginsafi erti pengorbanan yang sebenar sebagai hamba dan khalifah di muka bumi Allah SWT.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 2

SALAM AIDILADHA
10 Zulhijjah 1444H 

،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
كُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 3

Selamat Hari Raya Aidiladha

Semoga ibada korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT. Semoga dilimpahi hidayah, rahmah, keberkatan dan keredhaanNya jua.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 4

Selamat Hari Raya Aidiladha

"Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha" - Hadis Riwayat Imam Ahmad

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 5

Indahnya Aidilfitri kerana kemaafan, Indahnya Aidiladha kerana pengorbanan. Salam Aidiladha 1444H

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 6

Salam Aidiladha 1444H

Semoga kita dapat mengambil iktibar sebaiknya pada hari raya tahun ini. Semoga kita belajar dengan sebaiknya erti tadhiyah (pengorbanan) dan mengaplikasikannya dalam kehidupan, supaya kita menjadi hambar yang lebih dekat dengan Tuhannya.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 7

Selamat Hari Raya Aidiladha

Semoga ibadah korban kita kali ini dapat dilakukan dengan sempurna dan diberkati. Semoga ibadah yang dikerjakan diterima oleh Allah SWT.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 8

Selamat Hari Raya Aidiladha 2023

Semoga Hari Raya Aidiladha yang disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat kebaikan yang lebih baik, terutamanya dalam aspek memelihara hubungan kekeluargaan seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 9

Mari kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim (RA) dalam membuktikan ketaqwaannya kepada Allah SWT.

Salam Aidiladha 1444H

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 10

Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga kita semua mendapat keredhaan, maghfirah dan rahmat dari Allah SWT sempena hari raya ini.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 11

Semoga ibadah Haji, ibadah Qurban dan segala amal kita diterima oleh SWT. Selamat Hari Raya Aidiladha 1444H

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 12

May the Barakah of Allah SWT usher your life with abundant happiness, Halal wealth and immaculate joy on Eid-ul-Adha dan forever. Happy Eid-ul-Adha Mubarak!

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 13

Dear friends, Eid Mubarak to you all! May Allah grace you and your family with His heavenly blessings and reward you abundatly for you Holy sacrifice.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 15

May your faith and love for Allah be rewarded with peace, happiness, and successes for today and always. Wishing you a joyful Eid ul Adha Mubarak

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 16

Happy Eid Adha Mubarak to all muslim in Malaysia and aroun the world. May this eid bring happiness to you dan family. Stay safe.

Pantun Selamat Hari Raya Aidildha 2023

Pantun Hari Raya Aidiladha 1

Bulan Zulhijjah bulan mulia,
Di sambut dengan hati gembira,
10 Zulhijjah kini menjelma,
Ucapan dikirim maaf dipinta.

Pantun Hari Raya Aidiladha 2

Indah langit kerana awan,
Indah laut dengan kebiruan,
Indah Aidilfitri kepada kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.

Pantun Hari Raya Korban 3

Lembut popular masa Raya Haji,
Dagingnya sedap sampai tersangkut celah gigi,
Kes lembu lari pernah terjadi,
Hati-hati jangan sampai terjadi lagi

Pantun Hari Raya Haji 4

Cari pengat sampai ke Sarawak,
Pengat dicari di kawasan pokan,
Den bizi masak ekau jangan nak melawak,
Kang kobau tak tumbang, ekau den korbankan.

Pantun Hari Raya Haji 5

Alhamdulillah kernaa mendapat rezeki,
Hati mengucapkan rasa syukur,
Buat yang menunaikan Haji,
Semoga beroleh haji yang mabrur.

Pantun Hari Raya Haji 6

Balik dari haji dapat gelaran hajah,
Makin berseri rajin berusaha,
Takbir bergema tanggal 10 Zulhijjah,
Ku ucapkan selamat menyambut Aidiladha

Post a Comment

Previous Post Next Post