Siaran Langsung JDT vs Selangor Live Streaming Piala FA 2023 Separuh Akhir

Siaran Langsung JDT vs Selangor Live Streaming Piala FA 2023 Separuh Akhir

Saingan Piala FA 2023 kini memasuki perlawanan kedua pula untuk pusingan Separuh Akhir dan ianya melibatkan pasukan Johor Darul Ta'zim FC vs Selangor FC dimana bakal berlangsung pada 26 Jun 2023, hari Isnin pada jam 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Pada perlawanan pertama sebelum ini, ianya mempertemukan Terengganu dan KL City dan perlawanan tersebut berkesudahan tanpa sebarang jaringan dalam tempoh perlawanan sebenar serta masa tambahan. Akhirnya ditentukan dalam penentuan sepakan penalti dan KL City berjaya mara ke final dengan keputusan 4-2.

Jadi pemenang antara JDT dan Selangor pada malam ini, akan mengiringi KL City di pusingan akhir Piala FA 2023 sekali gus mengecap trofi kejuaraan pertama untuk musim tahun 2023 ini. Adakah JDT atau Selangor berjaya ke final?

JDT selaku penyandang juara berjaya ke semi final kali ini apabila menewaskan Penang di pusingan suku akhir pada Mei yang lalu. Dalam perlawanan tersebut, Penang dibelasah ditempat sendiri dengan jaringan lima gol kosong.

Dengan keputusan tersebut, JDT mara ke separuh akhir dan bertemu Selangor yang juga berjaya mengalahkan pasukan lawannya, Negeri Sembilan dengan jaringan tiga gol berbalas satu walaupun bermain di tempat lawan.

Pertembungan ini pastinya sengit dan menarik untuk disaksikan. Ianya mempertemukan dua pasukan gergasi yang mempunyai pencapaian dan sejarah yang tersendiri terutamanya dalam aksi liga tempatan sehingga hari ini.

Pertemuan ini juga merupakan kali kedua untuk musim terbaru kali ini. Kali terakhir mereka bertemu adalah dalam saingan Liga Super yang mana perlawanan tersebut berbihak kepada JDT apabila berjaya mengalahkan Selangor dengan 4 gol tanpa balas.

Adakah JDT akan terus kebal tanpa sebarang kekalahan baik dalam saingan Liga Super mahupun dalam saingan Piala FA kali ini? Atau Selangor berjaya memberikan kejutan kepada pasukan JDT di padang keramat mereka kali ini?

Pembelian Tiket Masuk Ke Stadium Untuk Piala FA 2023

Perlawanan menarik, pastinya akan lebih ramai penyokong yang akan membanjiri stadium pada perlawanan kali ini. Ditambah pula, pihak pengurusan JDT telah menyediakan sehingga 1000 tiket untuk penyokong Selangor kali ini.

Selain itu, berita gembira untuk mereka yang datang ke stadium, apabila JDT juga akan menyediakan perkhidmatan bas 'shuttle' percuma bermula dari Hutan Bandar MBIP, Taman Mutiara Rini ke Stadium Sultan Ibrahim pada hari perlawanan.

Para penyokong boleh meletakkan kenderaan di kawasan tersebut. Ini adalah bagi mengurangkan kesesakan lalulintas dan juga memastikan aliran masuk dan keluar penyokong yang lebih teratur.

Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang kini sudah mula dijual. Anda boleh beli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dan untuk info, tiada penjualan tiket fizikal pada hari perlawanan.

Tayangan Siaran Langsung JDT vs Selangor Dalam Piala FA 2023

Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, perlawanan ini turut akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro dan RTM sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia 2023.

Untuk Astro, anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena 801 dan Astro Arena Bola 803. Untuk tontonan secara online, boleh pergi ke Astro Go atau download aplikasi Sooka. Boleh juga live streaming menerusi platform tersebut.

Selain itu, perlawanan ini turut akan disiarkan secara percuma di saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Manakala untuk tontonan secara digital, boleh pergi ke rtmklik.rtm.gov.my atau download aplikasi RTM Klik.

Jadual Dan Keputusan Piala FA 2023 Separuh Akhir JDT vs Selangor

Berikut merupakan jadual penuh meliputi waktu sepak mula, tarikh dan venue perlawanan serta saluran bagi tayangan secara langsung untuk perlawanan Piala FA 2023 Separuh Akhir antara Johor Darul Ta'zim FC vs Selangor FC.

Keputusan pula akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.

26 Jun 2023 (Isnin)

FT : JDT (4) - (0) Selangor

  • Arif Aiman 20', 33', 38'
  • Fernando Forestieri 47'

*JDT berjaya langkah ke final Piala FA 2023 bertemu KL City

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Astro Arena 801, Arena Bola 803, TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Post a Comment

Previous Post Next Post