Aplikasi WeTV Kini Secara Rasmi Di Astro Ultrabox

Aplikasi WeTV Kini Secara Rasmi Di Astro Ultrabox

Berita baik kepada semua pengguna Astro apabila kini secara rasmi membawakan aplikasi WeTV iaitu antara penstriman terbesar di China menerusi Astro Ultra Box.

WeTV menawarkan kandungan berkualiti tinggi termasuk siri dan filem Cina, Korea, Jepun, Asia Tenggara dan Malaysia kepada para peminat hiburan Asia merentasi serantau ini. 

Bermula hari ini, 23 Mei 2023, para pelanggan Astro boleh dapatkan akses semua hiburan terhebat dengan menambah langganan mereka melalui Astro dengan mendapatkan WeTV VIP dengan hanya RM10.50 sebulan sahaja (RRP: RM11.90).

Menerusi langganan WeTV VIP, para pelanggan boleh menstrim pelbagai rancangan di Ultra Box, laman web wetv.vip serta aplikasi mudah alih WeTV mereka.

WeTV VIP memberi akses dengan lebih awal kepada para pelanggan untuk menikmati kandungan terhangat dan eksklusif, keupayaan untuk melangkau iklan bagi pengalaman penstriman yang lebih lancar serta menonton rancangan kegemaran anda pada dua peranti berbeza pada masa yang sama.

Antara Kandungan WeTV

WeTV menawarkan pelbagai kandungan premium Asia yang boleh dinikmati para peminat seperti drama Cina Prosecution Elite (akan datang) dibintangi Dilraba Dilmurat, Tong Dawei, Gao Xin dan You Jingru, drama The Love You Give Me, sebuah adaptasi novel popular oleh Shi Ding Rou.

Selain itu, terdapat siri aksi-romantik Love of Replica dan romantik fantasi Lost You Forever (akan datang); siri web indonesia Layangan Putus dan drama romantik Antares 1 & 2; serta banyak kandungan aksi fantasi Donghua (anime Cina) termasuk Soul Land, Swallowed Star, Perfect World dan Throne of Seal.

Dengan penambahan aplikasi WeTV di platform Astro menjadikan ianya aplikasi yang ke-11 dalam senarai Ultra Box. Kini sudah terdapat BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, Netflix, TVBAnywhere+, Viu, WeTV dan ZEE5, selain daripada aplikasi Astro GO yang merupakan percuma kepada semua pelanggan.

Dengan adanya penambahan platform penstriman OTT ini, para pelanggan tidak perlu lagi dapatkan peranti lain dan hanya menggunakan Astro Ultra Box sahaja.

Kemas Kini Baharu untuk Pengalaman Astro yang Lancar

Astro juga telah melancarkan beberapa kemas kini baharu yang menakjubkan merentasi seluruh platformnya termasuk antara muka yang dikemas kini untuk memudahkan para pelanggan mengakses episod baharu serta mendapatkan maklumat tentang rancangan-rancangan kegemaran mereka.

Aplikasi WeTV Kini Secara Rasmi Di Astro Ultrabox

Selain itu, para pelanggan juga kini berupaya untuk menutup Skrin Pemilihan Profil mengikut kesukaan mereka serta melaraskan masa auto-standby di Ultra/Ulti Box. Mereka juga turut boleh mengakses aplikasi Astro GO dengan lancar melalui kod QR pada saluran 200 untuk menikmati Astro ketika dalam perjalanan.

Jaminan Wang Dikembalikan untuk Pelanggan Baharu Astro

Jadi salah seorang daripada 1,000 pelanggan baharu pertama yang mendaftar pek TV terpilih dengan Plug & Play Box terbaharu untuk melayakkan diri dalam Kempen Jaminan Wang Dikembalikan yang menjamin bayaran balik deposit sepenuhnya dan tiada yuran penamatan awal jika anda mahu menamatkan perkhidmatan dalam masa 30 hari.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my/lovein30days. 

Para pelanggan yang berminat boleh melanggan ke WeTV dengan melayari www.astro.com.my/WeTV untuk penjimatan yang lebih baik dan mengakses aplikasi pada Ultra Box mereka untuk menikmati kandungan-kandungan Asia di TV skrin mereka. 

Post a Comment

Previous Post Next Post