Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Sri Pahang Live Streaming

Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Sri Pahang Live Streaming

Aksi Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk hari kedua, minggu kedua belas dan akan ada lagi empat perlawanan yang bakal berlangsung dan salah satu daripadanya adalah mempertemukan pasukan Johor Darul Ta'zim FC vs Sri Pahang FC.

Perlawanan tumpuan ini akan diadakan pada 24 Mei 2023, bersamaan pada hari Rabu, pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor.

JDT selaku tuan rumah akan melayan kunjungan Sri Pahang bagi menentukan siapakah pemenang bagi perlawanan ini. Adakah JDT yang kini mengungguli carta kedudukan teratas liga akan terus mencatatkan kemenangan terhadap pasukan atau Sri Pahang mampu melakukan sesuatu?

Ini pastinya perlawanan terhebat untuk musim kali ini. Kedua-dua pasukan sehingga sebelas minggu ini masih belum kalah dalam setiap perlawanan. Kedua-dua masih kebal dimana tidak pernah hilang mata maksimum kepada pihak lawan.

Walaubagaimanapun, hanya JDT sahaja yang belum pernah keciciran mata. Walaupun belum tewas, Sri Pahang setakat ini telah seri sebanyak empat kali. Jadi dalam tempoh tersebut, mereka hanya mampu meraih 4 mata sahaja.

Jadi akan ada telur yang bakal dipecahkan pada perlawanan ini? Adakah akhirnya JDT bertemu pasukan yang betul-betul memberi saingan kepada pasukannya? Atau akhirnya Sri Pahang hanya seperti pasukan lain yang tewas di tangan JDT?

Tambahan pula, JDT akan bermain di SST iaitu di halaman sendiri dan dihadapan ribuan penyokong setiap yang sentiasa berada di belakang pasukan. Jika tidak mampu untuk menewaskan JDT, Sri Pahang seharusnya target untuk mengutip sekurang-kurangnya 1 mata.

Siaran Langsung JDT vs Sri Pahang Di Liga Super 2023

Bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium atau yang ingin menonton secara langsung di kaca tv, anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga strim secara online di Astro Go secara percuma khusus untuk pengguna Astro.

Selain itu, anda juga boleh live streaming perlawanan ini sama ada di platform web di https://sooka.my/ atau aplikasi Sooka. Boleh buat langganan dengan harga serendah RM7.90 sahaja untuk pas satu perlawanan atau dengan pas bulanan berharga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 JDT vs Sri Pahang

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Johor Darul Ta'zim FC menentang Sri Pahang FC pada hari Rabu ini, 24 Mei 2023, pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail atau secara live di Arena Bola 803.

24 Mei 2023 (Selasa)

FT : JDT (2) - (0) Sri Pahang

  • Bergson da Silva 45+2'
  • Fernando Forestieri 74'

Waktu : 8.15 Malam
Venue : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post