Siaran Langsung Liga Super 2023 Sabah vs Perak Live Streaming

Siaran Langsung Liga Super 2023 Sabah vs Perak Live Streaming

Aksi Liga Super 2023 kini sudah memasuki minggu kedua belas dan kini akan berlangsung lagi tujuh perlawanan melibatkan semua pasukan dan salah satu daripadanya adalah mempertemukan pasukan Sabah FC vs Perak FC.

Minggu ini juga turut akan berlangsung dua hari perlawanan dan untuk perlawanan ini akan diadakan pada 23 Mei 2023, bersamaan pada hari Selasa, pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu.

Sabah selaku tuan rumah akan melayan kunjungan Perak bagi menentukan siapakah pemenang bagi perlawanan ini. Adakah Sabah dapat memintas pasukan lain yang berada diatas atau Perak bakal melakar kejutan?

Setakat lima perlawanan terakhir, Sabah hanya mencatatkan sekali sahaja kekalahan. Manakala berjaya mengumpul 8 mata kesemuanya dalam tempoh tersebut menerusi dua kali menang dan dua kali menamatkan saingan dengan keputusan seri.

Berbeza dengan Perak dalam tempoh perlawanan yang sama, dimana mereka sudah tewas sebanyak tiga kali dan kali terakhir dicatatkan pada perlawanan lalu. Dalam tempoh itu juga, Perak hanya berjaya mengumpul 4 mata sahaja iaitu sekali menang dan sekali seri.

Jika dilihat daripada prestasi semasa dan kedudukan carta liga, perlawanan ini pastinya memihak kepada pasukan Sabah. Ditambah pula mereka akan bermain di halaman sendiri dan di depan penyokong mereka sendiri.

Jadi semua peminat pasukan Sabah, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan semangat kepada pasukan kesayangan anda. Datang dan dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online atau boleh dapatkan tiket fizikal di kaunter tiket.

Siaran Langsung Sabah vs Perak Di Liga Super 2023

Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, perlawanan ini turut akan dibawakan secara langsung menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM atau boleh juga strim secara online di RTM Klik dimana-mana sahaja.

Selain itu, boleh juga live streaming menggunakan platform web di https://sooka.my/ atau aplikasi Sooka. Boleh tonton secara percuma tanpa perlu kepada apa-apa langganan.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Sabah vs Perak

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Sabah FC menentang Perak FC pada hari Selasa ini, 23 Mei 2023, pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Likas atau secara live di RTM.

23 Mei 2023 (Selasa)

FT : Sabah (1) - (3) Perak

  • Darren Lok 4'
  • Park Tae-su 32'
  • Baddrol Bakhtiar 41'
  • Harith Naem 83'

Waktu : 8.15 Malam
Venue : Stadium Likas
Tayangan : TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post