Siaran Langsung Liga Super 2023 Selangor vs Kedah Live Streaming

Siaran Langsung Liga Super 2023 Selangor vs Kedah Live Streaming

Aksi Liga Super 2023 kini sudah memasuki minggu kedua belas dan kini akan berlangsung lagi tujuh perlawanan melibatkan semua pasukan dan salah satu daripadanya adalah mempertemukan pasukan Selangor FC vs Kedah Darul Aman FC.

Semalam telah berlangsung tiga perlawanan dan untuk hari kedua akan berlangsung empat lagi perlawanan dan pertemuan ini akan diadakan pada 24 Mei 2023, bersamaan pada hari Rabu, pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Selangor selaku tuan rumah akan melayan kunjungan Kedah bagi menentukan siapakan pemenang bagi perlawanan ini. Adakah Selangor akan tetapi terus unggul di top 2 carta atau Kedah bakal melakar kejutan di tempat lawan?

Ini juga antara perlawanan tumpuan pada hari ini. Setakat lima perlawanan terakhir, Selangor berjaya menang empat daripadanya dan hanya tewas sekali sahaja dan kini berada di tangga kedua liga dengan 25 mata.

Manakala untuk pasukan Kedah DA dengan tempoh yang sama, dimana mereka telah menang sebanyak tiga kali dan tewas dua kali. Dengan keputusan tersebut, Kedah kini telah mengumpul 22 mata dan berada di tempat kelima liga.

Jika dilihat daripada prestasi semasa untuk kedua-dua pasukan, perlawanan ini sepertinya seimbang. Tetapi jika mengambil faktor setempat, ianya berkelebihan untuk Selangor kerana bermain di halaman dan di hadapan penyokong sendiri.

Untuk merialisasikan faktor tersebut, penyokong Selangor perlu datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Anda kini boleh mula dapatkan tiket masuk secara online atua boleh beli di kaunter tiket pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Selangor vs Kedah Di Liga Super 2023

Untuk mereka yang menonton di kaca tv, perlawanan ini akan dibawakan secara langsung menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my dimana-mana sahaja.

Selain itu, boleh juga live streaming menggunakan platform web di https://sooka.my/ atau aplikasi Sooka. Boleh tonton secara percuma tanpa perlu kepada apa-apa langganan.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Selangor vs Kedah

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Selangor FC menentang Kedah Darul Aman FC pada hari Rabu ini, 24 Mei 2023, puku 9.00 malam bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPBJ) atau secara live di RTM.

24 Mei 2023 (Rabu)

FT : Selangor (3) - (2) Kedah

  • Amirbek Juraboev 6'
  • Ayron del Valle 23'
  • Willian Lira 28'
  • Faisal Halim 40'
  • Noor Al-Rawabdeh 78'

Waktu : 9.00 Malam
Venue : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post