Senarai Lokasi Cawangan ASNB Setiap Negeri Seluruh Malaysia

Senarai Lokasi Cawangan ASNB Setiap Negeri Seluruh Malaysia

Untuk yang mencari cawangan ASNB terdekat, anda boleh juga dapatkan senarai penuh disini lokasi tersebut dimana kini sudah terdapat di setiap negeri di seluruh Malaysia.

Dengan adanya cawangan Amanah Saham Nationa Berhad (ASNB) ini, ianya sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan orang ramai yang ingin datang ke sini sama ada untuk daftar akaun baru, masukkan atau keluarkan duit dan sebagainya.

Jadi dengan adanya lokasi cawangan-cawangan ini, kerja anda lebih mudah. Tidak perlu lagi ke lokasi lain yang lebih jauh jika kini sudah berada di kawangan anda. Boleh jimat masa dan jimat kos pengangkutan.

Anda hanya perlu tahu cawangan ASNB terdekat dan waktu urus niaga bagi cawangan tersebut. Jadi anda boleh atur perjalanan dengan mengikut masa anda jika ingin membuat urusan.

Waktu urus niaga bagi setiap cawangan seluruh Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak - Isnin hingga Jumaat (8.15 pagi - 4.00 petang)
  2. Kelantan & Terengganu - Ahad hingga Khamis (8.15 pagi - 4.00 petang)

Hanya tutup pada hari minggu dan cuti umum sahaja.

Senarai Lokasi Cawangan ASNB Seluruh Malaysia

Berikut merupakan senarai penuh lokasi cawangan ASNB di setiap negeri di seluruh Malaysia sehingga kini

Kuala Lumpur

KAUNTER UTAMA KUALA LUMPUR
Tingkat 1 Balai PNB, 201-A Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

Putrajaya

PUTRAJAYA
Lot 27, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, 62675 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Selangor

SHAH ALAM
Lot 18-1 & 18-2, Pusat Dagangan UMNO Shah Alam, Persiaran Damai Seksyen 11, 40000 Shah Alam, Selangor

KUALA SELANGOR
No. 7, Jalan Medan Niaga 2, Medan Niaga Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Negeri Sembilan

SEREMBAN
No. 120 & 121, Jalan Dato' Bandar Tunggal, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Melaka

MELAKA
No. 11 & 13, Kompleks Perniagaan Al-Azim, Jalan KPAA1, Bukit Baru, 75150 Melaka

Pulau Pinang

BAYAN LEPAS
A-12A-1 & A-12A-2, Lorong Bayan Indah 4, Bay Avenue, 11900, Bayan Lepas, Pulau Pinang

BUTTERWORTH
No. 12, Jalan Todak 3, Pusat Bandar Seberang Jaya, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang

Perak

IPOH
No. 8 & 8A, Persiaran Greentown 1, Greentown Business Centre, 30450 Ipoh, Perak

TELUK INTAN
No. 273, Jalan Intan 12, Bandar Baru Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

Perlis

KANGAR
Lot 7, Jalan Indera Kayangan, 01000 Kangar, Perlis

Kedah

ALOR SETAR
No. 27, Kompleks Shahab Perdana, Jalan Sultanah Sambungan, 05250 Alor Setar, Kedah

SUNGAI PETANI
No.51 dan 53, Jalan Perdana Heights 2/2, Perdana Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Johor

JOHOR BAHRU
No. 12 & 14, Jalan Padi Emas 1/2, Uda Business Centre, 81200 Johor Bahru, Johor

BATU PAHAT
No.9 & 9A Dan No.10 & 10A, Jalan Abdul Rahman, Bandar Penggaram, 83000 Batu Pahat, Johor.

SEGAMAT
No. 6 dan 7, Jalan Muhibbah, Taman Muhibbah, 85000 Segamat, Johor.

Pahang

KUANTAN
No. 71 & 73, Tingkat Bawah, Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan, Pahang

TEMERLOH
No: 8, Jalan Ahmad Shah, Bandar Seri Semantan, 28000 Temerloh, Pahang

Kelantan

KOTA BHARU
Lot 1182 & 1183, Jalan Kebun Sultan, 15350 Kota Bharu, Kelantan

PASIR PUTEH
No. 52, 52A & 52B, Jalan Pasir Puteh Sentral 2/5, 16800 Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim.

Terengganu

KUALA TERENGGANU
Lot 1,2 & 3, Tingkat Bawah dan 1, Jalan Pejabat, Mukim Bandar, 20200 Kuala Terengganu

Sabah

KOTA KINABALU
Tingkat Bawah dan Satu, No. A-G-18 & A-1-18, Blok A, Sutera Avenue, Jalan Coastal 88100 Kota Kinabalu, Sabah

KENINGAU
Lot 8 & 9, Blok B, Pusat Komersil Datun, Jalan Masak, 89008 Keningau, Sabah

SANDAKAN
Lot 15, Tingkat Bawah, Bandar Pasaraya, Fasa I, 90000 Sandakan, Sabah

LAHAD DATU
Tingkat Bawah, Lot 1, Circular Blok A Harbour Town, Jalan Pantai, 91100 Lahad Datu, Sabah

TAWAU
TB 4287 & 4280, Tingkat Bawah & Satu, Town Ext II Jalan Masjid, Kompleks Fajar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Sarawak

KUCHING
Tingkat Bawah, Lot 499, Al-Idrus Commercial Centre, Seksyen 6, Jalan Kulas, 93400 Kuching, Sarawak

SIBU
Lot 1007 & 1008, Jalan Kampung Nyabor, 96000 Sibu, Sarawak

MIRI
Lot 1959, Tingkat Bawah Lot 1960 & 1961, Marina Square Phase 2, Marina Park City, 98000 Miri, Sarawak.

BINTULU
Sublot 2 & 3, Lot 4496, Junction 28, Jalan Keppel, 97000 Bintulu, Sarawak

SRI AMAN
No. 4C, Tingkat Bawah, Lot 832 Jalan Sabu, 95000 Sri Aman, Sarawak

LIMBANG
Lot 1457 & 1458, Sg Kudong Shophouse, Ground Floor, Jalan Buangsiol, 98700 Limbang, Sarawak

Senarai Ejen ASNB

Sekiranya, kawasan anda tidak mempunyai cawangan ASNB dan kalau ada pun, lokasinya terlalu jauh. Jangan risau, kebanyakkan urusan yang anda ingin buat juga boleh dilakukan di mana-mana ejen ASNB yang dilantik.

Ejen-ejen tersebut adalah terdiri daripada bank dan pejabat post. Jadi anda boleh datang ke mana-mana lokasi yang terdapat ejen-ejen ini. Berikut merupakan senarai ejen ASNB:

  • Pos Malaysia
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • Cimb Bank
  • Cimb Islamic
  • Rhb
  • Rhb Islamic Bank
  • Rhb Asset Management
  • Bsn
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic
  • Ambank
  • Ambank Islamic
  • Affin Bank
  • Affin Islamic
  • Bank Muamalat
  • Bank Islam
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank

Harap membantu bagi anda yang ingin berurusan di cawangan ASNB selepas ini. Untuk info lanjut, boleh pergi ke laman web rasmi ASNB di www.asnb.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post