Kenali Biodata 13 Peserta Big Stage 2023 Musim Kelima

Biodata 14 Peserta Big Stage 2023 Musim Kelima

Barisan peserta terbaru bagi program pertandingan nyanyian untuk 'Budak Baru Nak U' kini sudah diperkenalkan dan bakal beraksi dalam musim terbaru Big Stage 2023 untuk musim kelima.

Pada mulanya, barisan peserta hanya diperkenalkan sebanyak 10 sahaja dan kesemuanya adalah dari Malaysia. Untuk musim terbaru kali ini, sekali lagi akan diperhangatkan dengan barisan peserta luar negara yang terdiri daripada 4 peserta lagi yang menjadikannya 13 peserta kesemuanya.

Ada peserta dari Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan juga yang mana mereka diperkenalkan pada konsert pertama Big Stage 2023

Rancangan pertandingan nyanyian yang sinonim dengan 'Dominasi BBNU' kali ini sepertinya akan lebih menarik. Mereka bukan sahaja berbakar dalam bidang nyanyian tetapi turut membawa variasi dari segi karier seni mereka tersendiri sekali gus menjadikan saingan yang lebih kuat.

Jika dilihat biodata bagi setiap peserta, mereka ini bukanlah anda muda yang biasa tetapi sedang meningkat dan telah mendapat perhatian ramai dan pencapian yang diperoleh. Anda yang sudah menang anugerah, menang pertandingan nyanyian dan sudah terkenal.

Lebih menarik lagi apabila buat julung kali untuk musim ke-5 ini akan ada peserta berkumpulan dan duo. Sebelum ini, Big Stage hanya disertai oleh individu yang mewakili diri mereka sahaja. Kini mereka datang secara berkumpulan untuk mengejar takhta kejuaraan.

Untuk info, Big Stage 2023 akan dikemudi oleh hos baru iaitu Kak Lina Pom Pom secara solot. Manakala juri tetap pula dirombak dengan memperkenalkan Aina Abdul dan seorang juri baru sebagai juri tetap sepanjang 10 minggu bersiaran.

Sebelum ini, Big Stage telah menobatkan empat juara sepanjang penganjuran iaitu Sarah Suhairi (Musim Pertama, 2018), Hanbyul (Musim Kedua, 2019), Azzam Sham (Musim Ketiga, 2020) dan Elica Paujin (Musim Keempat, 2022).

Jangan lupa untuk saksikan konsert mingguan Big Stage 2023 yang akan bersiaran secara langsung mulai 7 Mei 2023, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my

Senarai Dan Biodata 13 Peserta Big Stage 2023 Musim Ke-5

Jadi peserta mana agaknya akan menggulugi carta sekali gus menjuarai Big Stage 2023 kali ini? Sebelum itu, jom kita kenali dulu latar belakang serta biodata bagi setiap 13 peserta yang mengambil bahagian untuk musim kelima kali ini.

1.  Isaac Voo

Isaac Voo

  • Nama : Isaac Voo
  • Tarikh Lahir : 12 Disember 1994
  • Umur 29 Tahun
  • Asal : Kota Kinabalu, Sabah
  • Karier : Penyanyi
  • Lagu Hit : Time Bomb (168k views)

Trivia

  1. Penyanyi Kpop solo pertama di Malaysia
  2. Merupakan ahli kumpulan Kpop Korea Selatan IN2IT
  3. Pernah menyertai siri TV realiti Korea Selatan iaitu BOY24

2.  Aufahanie

Aufahanie

  • Nama : Aufahanie
  • Tarikh Lahir : 5 Mei 2003
  • Umur : 20 Tahun
  • Asal : Shah Alam, Selangor
  • Karier : Penyanyi
  • Lagu Hit : Geming Jiwa (77k views) & Mungkir ft Syahmi Ifran (523k views)

Trivia

  1. Tercalon Top 5 Anugerah Industri Muzik 2023 untuk kategori Artis Baru Terbaik
  2. Menyanyikan lagu OST untuk drama Dendam Seorang Isteri

3.  COEX

COEX

  • Nama : Mikaela Qistina
  • Nama : Amy Loh
  • Nama : Dalini
  • Nama : Eyqa Shahidan
  • Nama : Elysha Khan

4.  Dem Lepak Boyz

Dem Lepak Boyz

  • Nama : Zaidy, Hazel
  • Umur : 27 Tahun, 26 Tahun
  • Lagu Hit : Abang Datang (670k views) & Jerat (2.8k views)

Trivia

  1. Naib Juara All Togerther Now Malaysia

5.  Firdaus Rahmat

Firdaus Rahmat

  • Nama : Firdaus Rahmat
  • Tarikh Lahir : 2 Ogos 1997
  • Umur : 26 Tahun
  • Asal : Leed, England
  • Karier : Penyanyi, Komposer, Penulis Lirik, Influencer, Penggubah Lagu
  • Lagu Hit : Dengarilah (145k views)

Trivia

  1. Pernah menganggotai kumpulan nasyid 4aith dan mula viral apabila menyanyikan semula lagu Despacito versi dakwah berjudul Dengarilah
  2. Menyanyikan OST Projek High Council
  3. Finalis Anugerah Juara Lagu 37 (Irama by Shiha Zikir, Debu by Dayang Nurfaizah & Amir Masdi, Sengsara by Khai Bahar, Mainan by Naim Daniel)

6.  Meer Nash

Meer Nash

  • Nama : Meer Nash
  • Tarikh Lahir : 20 November 1995
  • Umur : 28 Tahun
  • Asal : Pulau Pinang
  • Karier : Penyanyi
  • Lagu Hit : Kajima (251k views)

Trivia

  1. Merupakan Top 30 Super Idol 4, Rancangan Realiti di Shanghai
  2. Boleh bertutur dalam 5 bahasa iaitu Melayu, English, Mandarin, Cantonese dan Hokkien
  3. Merupakan Top 10 pertandingan Astro Huar Hee Campion iaitu sebuah realiti nyanyian terbitan Astro

7.  Naufal Azrin

Naufal Azrin

  • Nama : Naufal Azrin
  • Tarikh Lahir : 7 September 1999
  • Umur : 24 Tahun
  • Asal : Kuala Lumpur
  • Karier : Penyanyi
  • Lagu Hit : Casablanca ft Nuha Bahrin (27m views)

Trivia

  1. Bersekolah di Maahad Tahfiz Imam Syafie
  2. Memulakan karier solo pada tahun 2022 bersama Nuha Bahrin sekali gus mengangkat namanya

8.  Putera Muhammad

Putera Muhammad

  • Nama : Putera Muhammad
  • Tarikh Lahir : 21 Ogos 1992
  • Umur : 31 Tahun
  • Asal : Kuala Lumpur
  • Karier : Penyanyi
  • Lagu Hit : Luka (7.5m views) & Musnah (136k views)

Trivia

  1. Merupakan vokalis kumpulan rock alternatif, Madam
  2. Juara All Together Now 'BBNU'

9.  Puteri Khareeza

Puteri Khareeza

  • Nama : Puteri Khareeza
  • Tarikh Lahir : 17 April 1998
  • Umur : 25 Tahun
  • Asal : Kuala Lumpur
  • Karier : Penyanyi dan Pelakon
  • Lagu Hit : Maafkan Aku bersama Venus Band (16k views) & Duka Sebalik Tawa (3.9m views)

Trivia

  1. Merupakan seorang pelakon. Antaranya drama Cinta Hilang Kata
  2. Menyanyikan lagu OST drama Melur Untuk Firdaus
  3. Memulakan karier nyanyian apabila menyertai rancangan realiti Idola Kecil musim ke-3 tahun 2010

10.  Nadeera

Nadeera

  • Nama : Nadeera Zaini
  • Tarikh Lahir : 19 September 1993
  • Umur : 30 Tahun
  • Asal : Mersing, Johor
  • Karier : Penyanyi
  • Lagu Hit : Hasrat Hati (11k views)

Trivia

  1. Pernah menjadi rakan serumah Ainal Abdul
  2. Pernah menyertai program Mentor dan menjadi protege kepada Dato Zainal Abidin
  3. Peserta All Together Now Malaysia

11.  Waode

Waode

  • Nama : Waode Heni Andraini
  • Tarikh Lahir : 2 Mei 1997
  • Umur : 26 Tahun
  • Asal : Sulawesi Tenggara, Indonesia
  • Lagu Hit : Cinta Tanpa Tapi (5.5m views)

Trivia

  1. Finalis The Voice Indonesia 2019
  2. Juara Pop Academy 2020

12.  Farhan Shah

Farhan Shah

  • Nama : Farhan Shah
  • Umur : 32 Tahun
  • Asal : Singapura
  • Karier : Penyanyi
  • Lagu Hit : Pertama (11k views) & Istimewa (3.7k views)

13.  Hoondoo

Hoondoo

  • Nama : Hoon dan Doo
  • Asal : Korea Selatan
  • Lagu Hit : Cover Malam Semakin Dingin (941k views)

Trivia

  1. Mempunyai akaun Youtube dengan 120k subscribers
  2. Terkenal dengan membuat cover song artis-artis Malaysia

*Tiada peserta ke-14 iaitu dari Brunei seperti yang diumumkan sebelum ini. Hanya 13 peserta sahaja yang bertanding dalam Big Stage 2023 Musim 5

Post a Comment

Previous Post Next Post