Cara Keluarkan Duit ASB Di Cawangan ASNB Seluruh Malaysia (2024)

Cara Keluarkan Duit ASB Di Cawangan ASNB Seluruh Malaysia

Untuk yang ingin keluarkan nilai yang besar secara tunai, anda boleh keluarkan duit ASB tersebut dimana-mana cawangan ASNB di seluruh cawangan Malaysia. Jadi anda datang dan boleh terus buat permohonan.

Jika dalam urus niaga ASNB, pengeluaran duit yang anda simpan dalam ASB dipanggil 'jualan balik' yang mana ianya sama juga seperti bawa keluar duit pelaburan anda tersebut.

Berbanding instrumen lain, nak jual balik unit ASB ni sekejab sahaja dan boleh terus dapat duit. Tak perlu tunggu beberapa jam, beberapa hari, beberapa bulan dan sebagainya. Boleh dapat terus.

Untuk pengeluaran ASB sebenarnya ada beberapa cara iaitu sama ada secara online yang boleh dibuat menggunakan myasnb serta di aplikasi atau secara manual dengan pergi ke cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASNB seperti bank atau pejabat pos.

BACA : Senarai Cawangan ASNB Seluruh Malaysia

Tapi untuk perkongsian kali ini adalah mengfokuskan kepada pengeluaran unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) di mana-mana cawangan ASNB yang kini terletak di seluruh Malaysia.

Cara Keluarkan Duit ASB Di Cawangan ASNB

Apa-apa urus niaga perlulah dibuat dalam waktu operasi sahaja iaitu antara pukul 8.15 pagi hingga 4 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti. Bukan sahaja untuk pengeluaran secara manual tapi secara online juga.

Jadi untuk keluarkan duit ASB secara manual anda perlu pergi ke mana-man cawangan ASNB di seluruh Malaysia dan perkara paling penting adalah anda perlu bawa MyKAD (Kad Pengenalan) pemilik akaun tersebut.

  1. Datang mana-mana cawangan ASNB di seluruh negara
  2. Dapatkan nombor giliran dan maklumkan kepada penjaga kaunter depan yang anda ingin buat pengeluaran ASB
  3. Bagi tahu berapa nilai yang anda ingin bawa keluar. Anda akan diberikan kertas kecil yang menunjukkan nilai pengeluaran tersebut
  4. Tunggu giliran sehingga di panggil ke kaunter urusan
  5. Jika sudah dipanggil, anda akan diminta untuk berikan MyKAD dan anda perlu imbas cap jari untuk proses pengesahan
  6. Kemudian tunggu sahaja pegawai kira duit anda
  7. Dah dapat duit. Setela
  8. Boleh balik

Mudah sahaja. Proses pengeluaran di kaunter mungkin ambil masa 5 minit sahaja paling lama. Tetapi mungkin anda perlu beratur tunggu giliran yang mana mengambil sedikit masa.

Nilai Terhad Pengeluaran Setiap Hari

Untuk info, setiap orang hanya dibenarkan mengeluarkan nilai maksimum RM10,000 sahaja sehari. Anda boleh keluarkan sama ada dalam bentuk tunai atau transfer ke akaun bank yang ianya mengambil masa sehari.

Keluar Duit Di Ejen ASNB

Sebagai alternatif jika tempat anda tiada cawangan ASNB, sebenarnya anda juga boleh keluarkan duit tunai ASB dimana-mana ejen ASNB di seluruh negara. Berikut merupakan senarai ejen ASNB

  • Pos Malaysia
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • Cimb Bank
  • Cimb Islamic
  • Rhb
  • Rhb Islamic Bank
  • Rhb Asset Management
  • Bsn
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic
  • Ambank
  • Ambank Islamic
  • Affin Bank
  • Affin Islamic
  • Bank Muamalat
  • Bank Islam
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank

Harap membantu untuk anda yang berhajat untuk keluarkan duit secara tunai bagi unit ASB.

Post a Comment

Previous Post Next Post