Saksikan Siaran Langsung Big Stage 2023 Musim 5 Di Astro Ria

Saksikan Siaran Langsung Big Stage 2023 Musim 5 Di Astro Ria

Hujung minggu anda selepas ini tidak lagi sunyi apabila pertandingan nyanyian Big Stage 2023 kembali untuk musim terbaru Musim 5 yang mana akan disiarkan secara langsung di Astro Ria mulai 7 Mei ini.

Program yang terkenal dengan trademak 'Dominasi BBNU' ini kembali lagi bagi mencari pelapis industri muzik tanah air yang mana barisan peserta adalah terdiri daripada anak muda yang masih baru dalam dunia hiburan.

Musim kali ini, seramai 13 peserta yang layak dan mengambil bahagian dimaan 10 daripadanya adalah dari Malaysia, manakala 3 selebihnya didatangkan khas daripda Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan. (Tiada peserta dari Brunei. Hanya 13 peserta sahaja)

Bukan itu sahaja, buat kali pertama untuk program Big Stage apabila barisan peserta bukan sahaja terdiri daripada penyanyi solo, malahan kali ini ada penyertaan daripada peserta Berkumpulan serta Duo Berkumpulan.

Senarai Peserta Big Stage 2023 Musim 5

Barisan peserta untuk musim terbaru Big Stage 2023 seperti Isaac Voo, Aufahanie, kumpulan COEX, Dem Lepak Boyz (Duo), Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Putera Muhammad, Puteri Khareeza dan Nadeera.

Manakala 4 lagi peserta yang dibawa khas dari luar negar tersebut, hanya diperkenalkan pada konsert minggu pertama Big Stage 2023. Mereka adalah Duo Hoondoo dari Korea Selatan, Farhan Shah dari Singapura dan Waode dari negara sebarang, Indonesia.

Barisan Juri Untuk Mengadili Peserta Big Stage Musim 5

Sama seperti pada musim-musim lalu juga dimana format penjurian adalah 100% daripada panel juri tetap yang mana markah tersebut akan dipaparkan di skin LED pada akhir rancangan.

Tiga peserta yang mendapat markah terendah pula akan melalui proses penjurian kedua iaitu menerusi undian peminat yang dibuat secara online menerusi portal rasmi www.gempak.com/bigstage atau di aplikasi SYOK.

Format masih sama, tetapi barisan juri telah berlaku rombakan. Untuk musim terbaru Big Stage 2023 kali ini, Aina Abdul pula akan berada di kerusi juri tetap bersama Ajai seorang lagi juri yang mana juga diumumkan pada konsert pertama Big Stage pada Ahad.

Juri tetap kedua adalah Ajai dan disamping juri jemputan yang akan dibawa setiap minggu. Manakala untuk Preside Nitizen akan dikemudi oleh Nora Danish setiap minggu bagi membacakan tweet-tweet daripada orang ramai menerusi #BigStage2023 dan #DominasiBBNU

Saksikan Siaran Langsung Big Stage 2023 Musim 5 Di Astro Ria

Hadiah Wang Tunai Bagi Para Pemenang

Selain memiliki takhta kejuaraan Big Stage Musim 5, Juara juga akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. Manakala Naib Juara dan Tempat Ke-3, masing-masing akan bawa pulang RM30,000 dan RM25,000 juga bersama trofi.

Manakala tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM15,000, RM5,000 dan RM5,000 juga bersama trofi sumbangan Astro.

Siaran Langsung Big Stage 2023 Musim 5

Selain juri, hos program juga ada muka baru. Jika tahun sudah, kita ada dua orang hos tetapi kali ini akan diganti dengan Elly Mazlein yang juga dikenali dengan Kak Lina Pom Pom bersama gandingan dari seberang, Rina Rose yang akan mengemudi pentas konsert setiap minggu.

Big Stage 2023 Musim 5 akan bersiaran selama 10 minggu yang mana ianya akan bermula pada 7 Mei 2023, setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau tonton secara online di astrogo.astro.com.my.

Untuk waktu yang lebih fleksibel, anda boleh strim melalui platform On Demand iaitu menerusi Astro Ultra Box dan Astro Ulti Box juga di aplikasi mudah alih Astro Go.

Post a Comment

Previous Post Next Post