11 Telefilem Raya Menarik Ditayangkan Di Astro Untuk Anda Semua

Telefilem Raya Menarik Sepanjang Aidilfitri Di Astro Ria

Fuh nampaknya Raya ada semakin meriah apabila Astro mengumumkan 11 telefilem Raya menarik sepanjang Aidilfitri ini yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria 104 dan Astro Warna 107.

Selain sibuk beraya dengan sanak saudara dan kenalan, sambil itu juga kita boleh layan cerita-cerita menarik yang disajikan di kaca tv. Astro pula memang terkenal dengan kandungan drama yang terbaik.

Kesemua telefilem yang bakal ditayangkan ini adalah berkaitan dengan Hari Raya dan semuanya adalah yang terbaru, fresh daripada oven.

Bukan itu sahaja, pelakon-pelakon yang terlibat juga bukan biasa-biasa. Banyak pelakon popular yang terlibat seperti Zizan Razak, Rosyam Nor, Sherry Alhadad, Ben Amir, Emma Maembong, Siti Saleha, Remy Ishak, Daiyan Trisha dan ramai lagi.

Jadi nak tahu telefilem apa yang bakal ditayangkan pada bulan Syawal ini di saluran Astro? Jom kita tengok senarai dibawah.

Senarai 11 Telefilem Raya Menarik Ditayangkan Di Astro Sempena Aidilfitri

Tayangan adalah bermula pada malam raya lagi iaitu 21 April 2023, Jumaat sehingga sepanjang Syawal ini pada waktu pagi raya anda. Jom kita tengok senarai dibawah:

1.  Quran Pondok Buruk

Telefilem Quran Pondok Buruk di Astro Ria

21 April 2023 | Jumaat | Malam Raya | 8.30 Malam | Astro Ria 104

Sinopsis : Kesinambungan daripada telefilem lagenda Pondok Buruk 1 dan 2, Quran Pondok Buruk membawakan kisah obsesi tiga adik-beradik yang derhaka, terdesak mahukan keampunan daripada ibu mereka yang telahpun meninggal dunia.

Pelakon : Dato Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Raja Azura, Dato' Jalaluddin Hassan, Vanida Imran dan ramai lagi.

2.  Debunk Raya

Telefilem Debunk Raya di Astro Warna

21 April 2023 | Jumaat | Malam Raya | 10.00 Malam | Astro Warna 107

Sinopsis : Sekuel daripada telefilem viral Debunk, perjalanan cerita kali ini membawa Edna yang secara curi-curi mengikuti Sofi balik ke rumahnya dengan niat hendak menyambut hari raya bersama keluarga Sofi. Edna juga jatuh cinta dengan Rafi, abang Sofi, dan kehadiran Edna mula memporak perandakan persiapan raya keluarga Sofi.

Pelakon : Wan Chai, Sharifah Sakinah, Haidar Hasanudin, Danish Raya Lawak Junior, Shahrul Sarjen dan ramai lagi

3.  Sumpahan Peti Ais

Telefilem Sumpahan Peti Ais Di Astro Ria

22 April 2023 | Sabtu | Raya Pertama | 10.00 Pagi | Astro Ria 104

Sinopsis : Kerana mulut badan binasa dan kerana mulut berlagak Tina disumpah menjadi peti ais pada waktu malam. Apa yang disangkakan mimpi rupanya kenyataan. Mampukah Tina mengawal mulut lancangnya dan membatalkan sumpahan peti ais pada aidilfitri ini?

Pelakon : Sherry Alhadad, Didie Alias, Sharifah Sakinah, Arieff Yong, Putri Iesya dan ramai lagi.

4.  Heist-DilFitri

Telefilem HeistDilFitri Di Astro Ria

23 April 2023 | Ahad | Raya Kedua | 10.00 Pagi | Astro Ria 104

Sinopsis : Ianya mengisahkan 3 sahabat, Ibrahim, Musa dan Anis, perompak professional yang tidak pernah merasai kemeriahan Aidilfitri bersama keluarga. Musa mendapat idea untuk merompak rumah seorang hartawan dan memaksanya untuk menyambut raya seperti sebuah keluarga bersama mereka.

Pelakon : Zizan Razak, Issey Fazlisham, Jihaa Sham, Shiqin Kamal, Khir Rahman, Maria Farida dan ramai lagi

5.  Diari Chinta

Telefilem Diari Chinta Di Astro Ria

24 April 2023 | Isnin | Raya Ketiga | 10.00 Pagi | Astro Ria 104

Sinopsis : Chinta yang selalu gagal dalam kisah cintanya dihadiahkan sebuah diari ajaib untuk dia menulis babak cinta yang diidamkan di dalam diari tersebut. Hidup Chinta mula berubah bila apa sahaja yang ditulis di dalam diari itu, semuanya menjadi kenyataan.

Pelakon : Ben Amir, Tracie Sinidol, Yuna Rahim dan ramai lagi

6.  Langit Tak Mendengar

Telefilem Langit Tak Mendengar Di Astro Ria

25 April 2023 | Selasa | Raya Keempat | 10.00 Pagi | Astro Ria 104

Sinopsis : Apabila abangnya tidak mampu lagi menjaga ibu mereka, Jue terpaksa membawa ibunya yang seakan-akan nyanyuk untuk tinggal bersamanya. Hidup Jue mula terbeban dengan pilihan mahu menjadi anak kepada ibunya atau isteri kepada suaminya.

Pelakon : Emma Maembong, Fikry Ibrahim, Ku Faridah dan ramai lagi

7.  Pengantin Tangkap Muat

Telefilem Pengantin Tangkap Muat Di Astro Ria

26 April 2023 | Rabu | Raya Kelima | 10.00 Pagi | Astro Ria 104

Sinopsis : Mengisahkan Arif dan Mazwin bertemu jodoh dalam keadaan mengejut apabila mereka dikahwinkan tanpa perancangan. Mereka dijadikan pengantin ganti saat akhir kerana pengantin asal Harishah dan Natasha melarikan diri pada malam akad nikah.

Pelakon : Siti Saleha, Raff Roslee, Nafiez Zaidi, Kimberly Chua dan ramai lagi

8.  Bro Jenin

Telefilem Bro Jenin Di Astro Ria

27 April 2023 | Khamis | Raya Keenam | 10.00 Pagi | Astro Ria 104

Sinopsis : Sedang dia khayal berangan, Mat Jenin terjatuh dari pokok dan tanpa dia sedar, dia telah merentasi masa dan dibawa ke tahun 2023. Berhadapan dengan kejutan budaya yang ekstrem, Jenin cuba untuk menyesuaikan diri sambil cuba untuk kembali ke zamannya dengan batuan Emily.

Pelakon : Remy Ishak, Daiyan Trisha, Azizul Ammar, Malle Christian dan ramai lagi

9.  Challenge Accepted

Telefilem Challenge Accepted Di Astro Ria

28 April 2023 | Jumaat | Raya Ketujuh | 10.00 Pagi | Astro Ria 104

Sinopsis : Setelah Fatimah, seorang gadis misteri berpurdah, menjadi viral apabila muncul di dalam videonya, Jeff seorang tiktokers terkenal dicabar oleh peminatnya untuk mencari, berkenalan dan membuat Fatimah jatuh hati kepadanya. Mampukah dia berbuat demikian?

Pelakon : Ryan Bakery, Erysha Emyra, Shasha Nadira dan ramai lagi

10.  Raya Sebagai Isteri

Telefilem Raya Sebagai Isteri Di Astro Ria

29 April 2023 | Sabtu | Raya Kelapan | 10.00 Pagi | Astro Ria 104

Sinopsis : Soraya dan Haidar disatukan atas kehendak ibu Soraya dan Soraya tidak pernah rasa bahagia dari hari pertama dia bergelar isteri. Rasa tidak bahagia itu perlahan-lahan berubah menjadi cemburu apabila Haidar dan ibunya menjadi terlalu rapat sehingga Soraya rasa tergugat dengan statusnya sebagai isteri Haidar.

Pelakon : Zizan Razak, Hawa Rizwana, Datin Nina Juren dan ramai lagi

11.  Biar Biasa Biasa

Telefilem Biar Biasa Biasa Di Astro Ria

30 April 2023 (Ahad) | Raya Kesembilan | 10.00 Pagi | Astro Ria 104

Sinopsis : Sofia diberi tugas untuk memasarkan tudung mewah koleksi raya terbaru daripada pereka fesyen terkenal, Aisha Aminuddin dan dia juga perlu bekerjasama dengan Ketua Pereka syarikat bernama Mael Lambo. Masalah timbul apabila Mael dituduh meniru rekaan sebuah perniagaan tudung kecil-kecilan yang sedang meningkat naik untuk rekaan baru tudung Raya Aisha.

Pelakon : Siti Khadijah, Adlin Aman Ramlie, Chelsia Ng, Alicia Amin dan ramai lagi

Mana telemovie yang anda tunggu-tunggu dalam senarai diatas? Kongsilah dengan kami di ruangan komen. Cerita Zizan tu mesti best kan.

Post a Comment

Previous Post Next Post