Telefilem Raya Menarik Sepanjang Aidilfitri Ditayangkan Di TV3

Telefilem Menarik Sepanjang Hari Raya Ditayangkan Di TV3

Hari Raya anda kali ini akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai hiburan dimana TV3 telah mengumumkan 10 telefilem Raya menarik yang akan ditayangkan sempena Aidilfitri untuk tontonan keluarga.

Jika pagi hari anda sibuk pergi beraya dan ketika berehat sebentar pada waktu tengah hari yang merupakan waktu paling sesuai untuk anda berehat sebentar sambil menyaksikan pelbagai cerita yang menarik akan disajikan.

Kesemua telefilem yang bakal ditayangkan ini berkaitan dengan Hari Raya dan pastinya ianya adalah naskah yang terbaru, fresh dan tidak pernah disiarkan sebelum ini.

Bukan itu sahaja, pelakon-pelakon yang terlibat dalam setiap cerita ini juga bukan biasa-biasa. Ada banyak pelakon popular seperti Faizal Hussein, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Sufian Suhaimi, Shiha Zikir, Amyza Aznan, Redza Rosli, Izzue Islam, Normah Damanhuri, Nabilah Huda dan ramai lagi.

Jadi nak tahu telefilem apa yang bakal ditayangkan pada bulan Syawal ini di TV3? Jom kita tengok senarai dibawah.

Senarai 10 Telefilem Raya Menarik Ditayangkan Di TV3 Sempena Aidilfitri

Tayangan adalah bermula pada 22 April 2023 (raya pertama), Sabtu sehingga sepanjang Syawal dimana disiarkan pada pukul 2.00 petang. Jom kita tengok senarai penuh dibawah:

1.  Maaf Terakhir

Telefilem Maaf Terakhir di TV3

22 April 2023 (raya pertama) | Sabtu | 2.00 petang

Sinopsis : Ianya mengisahkan tentang Zaki yang sangat mementingkan keberkatan daripada ibunya, Siti. Setiap hari Zaki akan meminta maaf dan mahu ibunya mendoakannya. Namun segalanya berubah apabila Zaki bertemu dengan Ustaz Raffi yang mempunyai ramai pengikut. Dia mula ingkar arahan ibunya serta melakukan pekara yang tidak baik demi harta dunia. Masih adakah maaf terakhir untuknya?

Pelako : Izzue Islam, Normah Damanhuri, Nabilah Huda, Ashraf Muslim dan ramai lagi.

2.  Bisik-Bisik Gelora Raya

Telefilem Bisik-Bisik Gelora Raya di TV3

22 April 2023 (raya pertama) | Sabtu | 10.00 malam

Sinopsis : Jad masih belum terima hakikat bahawa Arumi meminta dirinya untuk dilepaskan daripada ikatan perkahwinan yang telah dibina selama lebih 10 tahun bersama. Dalam sejak itulah, dia terus berusaha untuk memujuk dan mengambil hari Arumi kembali supaya pulang ke pangkuanya semula. Adakah Jad dapa temui kebahagiaannya bersama Arumi dan anaknya semula?

Pelakon : Redza Rosli, Rasya Rizrose, Norreen Iman, Nabil Aqil dan ramai lagi

3.  Cik Diva Balik Kampung

Telefilem Cik Diva Balik Kampung di TV3

23 April 2023 (raya kedua) | Ahad | 2.00 petang

Sinopsis : Ianya mengisahkan tentang Dibah iaitu seorang model dan pelakon pembantu yang mana kini perlu menghadap bil kad kredit yang melambung tinggi sebab terlalu kerap berbelanja. Encik Razlan dan Puan Haniah tidak dapat membantu anak mereka lagi dan mencadangkan Dibah untuk pulang ke kampung untuk menjaga neneknya.

Pelakon : Shiha Zikir, Dayang Areeda, Syazuwan Hassan, Khaty Azian, Amyza Aznan dan ramai lagi

4.  Nun Mati Bertemu Alif

Telefilem Nun Mati Bertemu Alif di TV3

24 April 2023 (raya ketiga) | Isnin | 2.00 petang

Sinopsis : Mengisahkan perjalan hidup dua kawan karib iaitu Alif dan Tanwin dimana mereka terlibat dalam sindiket mencuri kasut untuk dijual semula. Apabila tiba bulan Ramadan, mereka nekad untuk insaf dan memulakan hidup baru di luar bandar tapi suatu tak diduga terjadi.

Pelakon : Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Wanie Ooi, Sufian Suhaimi, Razak Ahmad dan ramai lagi

5.  Demi Masa

Telefilem Demi Masa di TV3

25 April 2023 (raya keempat) | Selasa | 2.00 petang

Sinopsis : Ianya mengisahkan tentang kehidupan Musa yang diberikan peluang sekali lagi untuk meneruskan kehidupan seperti orang lain apabila dia dibebaskan dari penjara atas kesalahan jenayah yang dilakukan pada masa dahulu.

Pelakon : Faizal Hussein, Umar Shakur, Ruminah Sidek, Nadiya Nisaa dan ramai lagi.

6.  Keikhlasan Cinta

Keihklasan Cinta di TV3

26 April 2023 (raya kelima) | Rabu | 2.00 petang

Sinopsis : Rania memenangi banyak anugerah dan menjadi duta kepada jenama-jenama yang terkenal. Dia telah diminta oleh pengurusnya untuk menjadi hos dan penerbit bagi sebuah rancangan keagamaan yang tidak terkenal.

Pelakon : Daiyan Trisha, Syarul Ezani, Rita Rudaini, Kahoe Hon, Fauziah Nawi dan ramai lagi

7.  Hello Suri

Telefilem Hello Suri Di TV3

27 April 2023 (raya keenam) | Khamis | 2.00 petang

Sinopsis : Amir, seorang pemuda kampung yang sering tidak bernasib baik, dibuang kampung sendiri dan berpisah dengan teman wanitanya, Juwita.

Pelakon : Syazwan Zulkifly, Black Hanifah, Sophia Albarakbah dan ramai lagi

8.  Saat Hilang Cintamu

Telefilem Saat Hilang Cintamu di TV3

28 April 2023 (raya ketujuh) | Jumaat | 2.00 petang

Sinopsis : Razil merupakan seorang suami yang setia menyayangi isterinya Salinah dan menjadi penyokong utamanya. Namun, hubungan mereka mula renggang apabila Salinah terpengaruh dengan kata-kata rakan-rakannya.

Pelakon : Rita Nadira, Zamarul Hisham, Malek Maccrone dan ramai lagi

9.  30 Hari Sebelum Raya Lagi

Telefilem 30 Hari Sebelum Raya Lagi di TV3

28 April 2023 (raya ketujuh) | Jumaat | 10.00 Malam

Sinopsis : Harraz diugut oleh bekas kekasihnya, anak kepada bosnya, Diana untuk segera meninggalkan Saodah sebelum raya dan jika tidak ditinggalkan, Harraz diugut dibuang kerja dan perlu membayar pampasan kepada syarikat.

Pelakon : Sufian Suhaimi, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Chacha Maembong, Nadia Brian dan ramai lagi

10.  Sempurna

Telefilem Sempurna di TV3

28 April 2023 (raya ketujuh) | Sabtu | 10.00 malam

Sinopsis : Rossa, seorang wanita berkerjaya, sukses dalam rumahtangga dan dilihat sangat sempurna pada mata semua orang. Selepas kemalangan yang membabitkan anak kecilnya, Rossa mula tertekan.

Pelakon : Siti Saleha, Redza Rosli dan ramai lagi

Post a Comment

Previous Post Next Post