Senarai Lagu Raya Terbaru Tahun 2023

Senarai Lagu Raya Terbaru Tahun 2023

Bakal tiba Syawal, pastinya tidak lengkap kalau tiada Lagu Raya kan. Setiap tahun pastinya kita akan disajikan dengan pelbagai lagu bertemakan Aidilfitri dan selain yang lama, ada juga yang baru dikeluarkan terutamanya tahun 2023 kali ini.

Dengan lagu raya inilah, hari raya kita akan menjadi lebih meriah. Biasanya sebelum tiba Syawal lagi, kita sudah dengar berkumandangnya lagu-lagu raya sama ada di corong-corong radio atau di mana-mana platform penstriman online.

Lagu-lagu raya dikeluarkan dengan pelbagai genre dengan kisah tersendiri di sebaliknya. Ada lagu sedih, ada lagu gembira, ceria dan sebagainya. Selain daripada lagu evergreen yang kita boleh dengar, kita boleh la juga layan lagu-lagu baru ni kan.

Tahun ini ramai artis, selebriti dan influencer yang keluarkan lagu raya mereka tersendiri. Kita ada Aina Abdul, Elizabeth Tan, Iman Troy, Fimie Don, Ryan Bakery, Bella Khan, Idris Brown, Floor 88, Adira Suhaimi dan banyak lagi.

Senarai Lagu Raya Terbaru Tahun 2023

Untuk memudahkan anda, berikut merupakan senarai Lagu Raya 2023 yang anda boleh cari dan dengar dengan beserta tajuk lagu dan penyanyi serta pautan sekali.

No. Tajuk Lagu Penyanyi Youtube
1 Lagu Raya Insomniacks Link
2 Ria Raya Iman Troye, Dahlia Farhana, Layka & Fimie Don Link
3 Berkunjung Di Hari Raya Aina Abdul Link
4 Senandung Raya Diana Danielle Link
5 Raya Last Minit Andi Bernadee & Ryan Bakery Link
6 Hantaran Raya Ryan Deedat & Nisha Haque Link
7 Rindu Di Hari Lebaran Dato' Jamal Abdillah Link
8 Hari Ini Kita Raya Shila Amzah, Akim Ahmad, Shuib, Ajak & Suraya Link
9 Hooray Raya Bella Khan Link
10 Bukalah Hati Idris Brown, Ara Johari & Bunga Link
11 Raya 4 Suara Aiman Coco, Arman Ezra, Faiz Najib & Firdaus ML Link
12 Jombalika Floor 88 Link
13 Raya Bersama Farisha Iris & Cherpen Link
14 Raya Cun Elizabeth Tan Link
15 Pasti Raya Sufian Suhami & Sarah Suhairi Link
16 Chu Ku Chak Dato' Sri Aliff Syukri Link
17 Santai Raya Faizal Tahir Link
18 Pusing Raya Klangit Link
19 Jom Beraya Atu Zero & Danial Zaini Link
20 Wira Raya Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah Link
21 Pilu Di Hari Raya Shazmin Link
22 Sayunk I Love You Raya Chombi Link
23 Ching Chang Raya Aman Aziz Link
24 Raya Raya Raya 2.0 The Dollah Link
25 Jom Raya Ridzwan, Andika, Syameer Azmi, Zulhadi & Ellisda Link
26 Raja Janji Happy Asmidar, Thunderclap & Aizat Hamdan Link
27 Wira Raya Wany Hasrita, Wani Syaz & Muna Shahirah Link
28 Raya Raya Daniel Kifli, Ammor, Teah, Ceknen & Aieman Link
29 Raya Menjelma Usop, Apex Tajudin, Iqmal Romi & Luqman Faiz Link
30 Muah Muah Raya DSV Link
31 Raya Rempit Achey Link
32 Jemput Raya Ernie Zakri Link

Dah dengar semua lagu raya terbaru ni? Korang rasa mana yang paling best?

Post a Comment

Previous Post Next Post